Company Registration Office | Company Secretarial Office In Malaysia | Register Company Services In Malaysia

MEMBELI SYARIKAT TERSEDIA

Adakah anda terfikir untuk mendapatkan syarikat yang telah ditubuhkan dengan sempurna dan ingin membeli syarikat dengan kadar segera agar boleh menjalankan urusniaga serta merta. Firma kami ada senarai syarikat yang siap untuk dijual dan semua syarikat yang kami jual adalah syarikat baru ditubuhkan dalam tahun 2018 mengikut Akta Syarikat 2016.
Anda dinasihatkan untuk tidak mengambil alih syarikat atau membeli syarikat yang sudah beroperasi kerana liabiliti akan ditanggung oleh pengarah dan pemegang saham. Untuk keselamatan anda, dinasihatkan agar membeli syarikat tersedia yang baru yang belum lagi beroperasi dan menjalankan apa-apa urusniaga dan elakkan diri daripada berurusan dengan agen atau orang tengah yang tidak bertauliah atau mempunyai lesen setiausaha syarikat.

 

  • Bagaimana saya hendak mendapatkan senarai syarikat tersedia?
    Untuk mendapatkan senarai syarikat tersedia yang terkini, anda perlu memberi alamat E.Mail, Nama Penuh dan No telepon atau HP anda agar kami dapat menghubungi anda atau anda boleh mengirim maklumat seperti yang diminta ke 019-3260345 atau 019-3698122 sama ada melalui EMAIL, SMS atau whatsApp kami.

  • Berapa lamakah proses pertukaran hak milik syarikat dan Bank akaun syarikat boleh dibuka?
    Proses perlantikan pengarah dan pemindahan syer atau saham syarikat biasanya mengambil masa 3 hari berkerja jika bayaran dibuat secara penuh dan semua maklumat yang diminta diperolehi.
    Resolusi untuk membuka bank akaun akan diberi selepas sahaja perubahan hak milik syarikat selesai didaftarkan.

  • Berapakah harga syarikat tersedia yang ditawarkan?
    Harga syarikat tersedia keseluruhan berjumlah RM 3220.00 termasuk perlantikan Setiaausaha syarikat.

  • Bagaimana kaedah pembayaran jika saya ingin membeli syarikat tersedia?

    Anda perlu membuat bayaran penuh sebanyak RM 3220.00 jika bercadang untuk membeli syarikat tersedia dan bayaran perlu dilakukan ke akaun Firma Setiausaha Syarikat di Public Bank Berhad 3811766201 di atas nama DM Corporate Holding (M) Sdn Bhd.
    Kirimkan bukti pembayaran kepada kami melalui e.mail di dmcorporatesb@gmail.com atau whatsup ke 019-3260345.

  • Apakah maklumat yang diperlukan bagi membolehkan saya membeli syarikat tersedia?
    Berikut adalah maklumat yang kami perlukan:-
    1.Salinan Kad Pengenalan Pengarah Syarikat bagi Warganegara Malaysia atau pasport bagi Warganegara Asing (Wajib)
    2.Alamat tempat tinggal kesemua Lembaga pengarah dan pemegang saham syarikat (Wajib)
    3.Nombor Telepon dan talian Bimbit Lembaga pengarah dan pemegang saham syarikat (Wajib)
    4.Alamat E.Mail setiap Lembaga pengarah dan pemegang saham syarikat (Wajib)
    5.Alamat Perniagaan (Wajib)
    Kesemua perkara yang diminta boleh dikirmkan melalui fax di 03-27702527 atau e.mail ke dmcorporatesb@gmail.com untuk tindakan menyiapkan kertas kerja berkaitan pembelian syarikat.

  • Siapakah yang bertanggungjawap untuk membantu saya menguruskan perubahan hak milik syarikat tersedia saya?

    Setiausaha syarikat kami yang akan membantu untuk membuat serah simpan dokumen bagi perubahan hak milik syarikat syarikat anda.
  • Apakah pakej yang merangkumi pembelian syarikat tersedia ini?
    Anda akan mendapat pakej lengkap tanpa ada bayaran tersembunyi. Pakej lengkap termasuk:-
    1.5 Salinan Dokumen yang disahkan oleh Setiausaha Syarikat
    2.5 Salinan Sek 14 – Permohonan Pendaftaran Syarikat
    3. 5 Salinan Sek 15 – Notis Perbadanan Syarikat
    4. 5 Salinan Sek 17 – Sijil Perbadanan Syarikat
    5. 5 Salinan Sek 58 & 236(2) – Pemberitahuan Perlantikan Setiausaha Syarikat pertama
    6. 5 Salinan Borang 32A – Borang Pindahmilik Saham Syarikat
    8. 5 Salinan Resolusi untuk membuka akaun bank.
    9. 1 Cop Getah Syarikat
    10. Surat Tanggung Rugi ; dan
    11. Buku berkanun syarikat dan Sijil Saham Syarikat dengan Nama syarikat dan nombor pendaftaran dicetak dengan sewajarnya.
    Proses pembelian berlaku 3 peringkat iaitu;
    Memilih dan menempah nama syarikat
    Pendaftaran kemasukan pengarah dan perubahan hak milik saham.
    Penyerahan dokumen syarikat – Penyerahan dokumen kepada Lembaga Pengarah Syarikat yang telah disahkan oleh Setiausaha Syarikat kepada pelanggan bagi memulakan urusniaga. Resolusi pembukaan akaun bank semasa syarikat juga akan disertakan.
  • Berapakah jumlah aktiviti syarikat yang dibenarkan?
    Sekurang-kurangnya 3 aktiviti utama syarikat telah terkandung didalam syarikat yang dibeli.
  • Apakah Akta yang terlibat bila saya memiliki syarikat?
    Akta Syarikat 2016.
  • Berapakah minima syer dalam syarikat tersedia?
    Modal syer permulaan syarikat sekurang-kurangnya RM 2.00 bersamaan dengan 2 unit syer.
  • Berapakah minima modal syer yang dibenarkan?
    Mengikut Akta Baru Syarikat 2016 modal syer minima ialah RM 1.00 bersamaan 1 unit.

  • Bolehkah modal syer dinaikkan?
    Ya boleh jika mendapat persetujuan ahli syarikat.

  • Adakah setiausaha syarikat anda mempunyai lesen sah dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia?

    Ya, Setiausaha syarikat kami mempunyai Lesen untuk mendaftarkan syarikat anda.

  • Siapakah Setiausaha syarikat yang dimaksudkan dan adakah beliau dilesenkan?

    Setiausaha syarikat kami ialah Mohd Daud Bin Abdul Raman dan beliau dilesenkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia dengan No Lesen LS 7949.

  • Berapa lamakah beliau telah berkecimpung didalam Industi kesetiausahaan syarikat didalam mendaftarkan syarikat?

    Setiausaha syarikat kami telah menjalankan urusan kesetiausahaan syarikat semenjak dari tahun 1999 sehingga kini.

  • Dimanakah pejabat setiausaha syarikat beliau jika saya ingin mendapatkan perkhidmatan pembelian syarikat saya melalui beliau?

    Firma setiausaha syarikat kami ialah DM Corporate Holding (M) Sdn Bhd (No Syarikat 1103339-U).
    No 20A Jalan BRP 1/2 Bukit Rahman Putra 47000 Sungai Buloh Selangor.
    No Telepon Pejabat & Talian Bimbit
    +603-2770 2500 (Talian 1)
    +603-6148 8262 (Talian 2)
    +603-6731 1393 (Talian 3)
    +6019-326 0345 (Talian Bimbit 1)
    +6019-369 8122 (Talian Bimbit 2)
    +603-6731 1393 (Fax)
    E.Mail : dmcorporatesb@gmail.com | sales@registercompany.com.my

  • Apakah waktu operasi Firma setiausaha syarikat anda?

    Firma kami dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat pada jam 9.00 pagi dan ditutup pada jam 5.30 petang.
    Hari sabtu dan ahad serta cuti umum ditutup.

  • Adakah Firma anda menawarkan sekali perkhidmatan pejabat berdaftar selepas syarikat didaftarkan?

    Ya, Apabila syarikat anda didaftarkan dibawah Firma Setiausaha Syarikat kami secara otomatik Firma kami akan bertindak sebagai pejabat berdaftar syarikat anda.

  • Bilakah yuran Setiausaha Syarikat perlu dibayar?
    Pihak kami akan mengenakan yuran setiausaha syarikat selama setahun berjumlah RM 720.00 dan ianya perlu dibayar bila anda membeli syarikat. pada Yuran juga akan dinaikkan dari masa kesemasa jika difikirkan perlu bagi menampung kos Firma Setiausaha Syarikat.
  • Berapakah jumlah yuran yang dikenakan?
    RM 60.00 untuk sebulan dan RM 720.00 untuk setahun.

  • Bagaimana saya nak meletakkan jawatan setiausaha syarikat saya dan melantik setiausaha syarikat anda?

    Lembaga pengarah perlu memberi surat perletakkan jawatan kepada setiausaha syarikat sedia ada dan setiausaha syarikat anda perlu mengeluarkan surat perletakkan jawatannya dan memberi kepada anda sebagai bukti bahawa beliau bersetuju untuk meletakkan jawatan beliau. Pastikan setiausaha syarikat anda mengemaskini dokumen syarikat dan menyerahkan fail serta buku berkanun syarikat kepada anda untuk anda serahkan kepada setiausaha syarikat kami.
    Serah simpan dokumen berkaitan perlantikan jawatan dan perletakkan jawatan setiausaha syarikat boleh dilakukan sama ada oleh setiausaha syarikat lama anda atau setiausaha syarikat baru dan bayaran serah simpan dokumen berkaitan perlu dibuat oleh pihak syarikat.

  • Adakah yuran setiausaha syarikat akan dikembalikan jika saya menamatkan perkhidmatan setiausaha syarikat anda tidak sampai satu tahun dari tarikh saya membeli syarikat.?

    Yuran setiausaha syarikat tidak akan dikembalikan.

  • Berapa lamakah syarikat boleh meneruskan urusniaga jika setiausaha syarikat meletakan jawatan atau pengarah meletakan jawatan beliau?

    Syarikat boleh meneruskan urusniaga tanpa setiausaha syarikat untuk tempoh tidak melebihi tiga puluh hari.

  • Dalam tempoh berapa lamakah pengarah syarikat perlu melantik setiausaha syarikat selepas setiausaha syarikat lamanya meletak jawatan?

    Pengarah perlu mencari dan melantik setiausaha syarikat baru untuk mengantikan setiausaha syarikat lamanya dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh surat peletakan jawatan setiausaha syarikat dikeluarkan.
    Dalam seksyen 240 Akta Syarikat menyatakan bahawa:-
    Jawatan setiausaha syarikat tidak boleh dibiarkan kosong selama tempoh yang lebih daripada tiga puluh hari pada satu-satu masa.
  • Boleh saya membeli syarikat sedangkan saya berada di negeri lain?
    Ya anda masih boleh membeli syarikat meskipun anda berada di diluar negara.

  • Bolehkah saya menjalankan perniagaan sedangkan syarikat saya didaftarkan di Negeri Selangor atau negeri lain di dalam semenanjung?
    Ya, Anda boleh menjalankan perniagaan didalam mana-mana negeri yang anda fikirkan perlu walaupun pada dasarnya syarikat anda didaftarkan ditempat lain.

  • Bolehkan saya membatalkan pembelian syarikat tersedia selepas saya membeli syarikat?
    Pada dasarnya polisi kami tidak akan memulangkan kembali wang pembelian syarikat setelah syarikat tersedia dijual kepada anda. Anda dinasihatkan untuk membuat keputusan dengan betul sebelum membeli syarikat tersedia dari kami.

  • Bolehkan nama syarikat saya ditukar dan berapa bayaran perkhidmatan yang dikenakan?
    Ya anda boleh membuat pertukaran nama syarikat selepas urusan perubahan hak milik telah siap didaftarkan dengan bayaran RM500.00.
    Berikut adalah petikan dari Seksyen 28 Akta Syarikat 2016 yang menerangkan berkaitan pertukaran nama syarikat.
    Seksyen 28 a�� PETUKARAN NAMA SYARIKAT.
    (1) Suatu syarikat boleh membuat ketetapan bahawa namanya ditukar melalui ketetapan khas.
    (2) Syarikat hendaklah memberitahu Pendaftar tentang pertukaran namanya dalam masa tiga puluh hari dari tarikh ketetapan khas itu diluluskan.
    (3) Jika Pendaftar syarikat berpuas hati bahawa nama baharu itu mematuhi peruntukan Akta Syarikat 2016 ini dan setelah fi yang ditetapkan dibayar, Pendaftar hendaklah-
    (a) Mencatatkan nama baharu syarikat itu dalam daftar bagi menggantikan namanya yang terdahulu; dan
    (b) Mengeluarkan suatu notis pendaftaran bagi nama baharu itu.
    (4) Pertukaran nama suatu syarikat hendaklah berkuat kuasa dari tarikh notis pendaftaran bagi nama baharu itu dikeluarkan.
    (5) Pertukaran nama sesuatu syarikat tidaklah-
    (a) Menjejaskan hak atau obligasi syarikat itu; dan
    (b) Mencacatkan apa-apa prosiding undang-undang oleh atau terhadap syarikat itu.
    (6) Apa-apa prosiding yang boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap suatu syarikat atas namanya yang dahulu boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadapnya, atas namanya yang baharu.
    (7) Jika penggulungan suatu syarikat bermula dalam masa satu tahun selepas syarikat itu menukarkan namanya, namanya yang dahulu dan nama sedia ada syarikat itu hendaklah terdapat pada semua notis dan iklan berhubung dengan penggulungan itu.
    (8) Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar kehendak di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apa bila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.

  • Apakah harus syarikat lakukan selepas nama syarikat ditukar nama?
    Selepas nama syarikat ditukarkan dengan sempurna oleh SSM, Pihak syarikat perlu meletakkan nama barunya dan nama lamanya dengan perkataan dikenali sebelum ini untuk tempoh setahun dari tarikh nama baru diluluskan.
    Seksyen 30 (4) Akta Syarikat 2016
    (4) Bagi maksud subseksyen (2), jika suatu syarikat menukarkan namanya dibawah seksyen 28 atau 29, nama syarikat itu yang dahulu hendaklah terdapat dibawah nama berdaftarnya sekarang bagi tempoh tidak kurang daripada dua belas bulan dari tarikh penukaran itu.
    Contoh;-
    Bayu Selasih Sdn Bhd (dahulunya dikenali sebagai) Teraju Berjaya Sdn Bhd.
    Memaklumkan pada Pihak Bank dan semua Agensi yang berkaitan serta para pelanggan syarikat tentang status terkini dimana nama syarikat yang telah ditukar.

  • Dimanakan nama syarikat perlu dipamerkan?
    Selepas syarikat didaftarkan dengan sempurna atau nama syarikat telah bertukar, Pihak syarikat perlu meletakkan nama syarikat barunya atau jika nama syarikat telah bertukar maka nama baru dan lamanya perlu dipamirkan dengan meletakkan perkataan (dahulu dikenali sebagai) untuk tempoh setahun dari tarikh nama baru itu diluluskan.
    Setiap pengarah dan pegawai syarikat hendaklah mengambil berat untuk mematuhi Akta Syarikat 2016 berkaitan mempamerkan nama syarikat dan memiliki alamat pejabat berdaftarnya di Malaysia.Sila baca maklumat yang diberi dibawah.
    Berikut adalah petikan dari Seksyen 30 Akta Syarikat 2016 yang menerangkan perkara yang perlu dilakukan selepas pertukaran nama syarikat dilakukan.
    Sesuatu syarikat hendaklah mempamerkan nama berdaftarnya dan nombor pendaftaran syarikat di-
    (a) pejabat berdaftarnya;
    (b) tiap-tiap tempat di mana perniagaannya dijalankan; dan
    (c) tiap-tiap tempat di mana bukunya disimpan
    (2) Sesuatu syarikat hendaklah menzahirkan nama berdaftarnya dan nombor pendaftaran syarikat pada-
    (a) surat perniagaannya, notis dan penerbitan rasmi yang lain, termasuklah dalam bentuk elektronik;
    (b) laman sesawangnya;
    (c) bil pertukaran, nota janji hutang, endorsmen dan borang pesanannya;
    (d) cek yang berupa ditandatangani oleh atau bagi pihak syarikat;
    (e) inbois pesanan dan tuntutan lain bagi pembyaran, resit dan surat kredit yang berupa dikeluarkan atau ditandatangani oleh atau bagi pihak syarikat; dan
    (f) semua bentuk lain surat-menyurat dan dokumentasi perniagaannya.
    (3) Pendaftar hendaklah menentukan cara sesuatu nama berdaftar dipamerkan atau dizahirkan oleh sesuatu syarikat.
    (4) Bagi maksud subseksyen (2), jika suatu syarikat menukarkan namanya dibawah seksyen 28 atau 29, nama syarikat itu yang dahulu hendaklah terdapat dibawah nama berdaftarnya sekarang bagi tempoh tidak kurang daripada dua belas bulan dari tarikh pemnukaran itu.
    (5) Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.

  • Bagaimana saya nak meletakkan jawatan setiausaha syarikat saya dan melantik setiausaha syarikat anda?

    Lembaga pengarah perlu memberi surat perletakkan jawatan kepada setiausaha syarikat sedia ada dan setiausaha syarikat anda perlu mengeluarkan surat perletakkan jawatannya dan memberi kepada anda sebagai bukti bahawa beliau bersetuju untuk meletakkan jawatan beliau. Pastikan setiausaha syarikat anda mengemaskini dokumen syarikat dan menyerahkan fail serta buku berkanun syarikat kepada anda untuk anda serahkan kepada setiausaha syarikat kami.
    Serah simpan dokumen berkaitan perlantikan jawatan dan perletakkan jawatan setiausaha syarikat boleh dilakukan sama ada oleh setiausaha syarikat lama anda atau setiausaha syarikat baru dan bayaran serah simpan dokumen berkaitan perlu dibuat oleh pihak syarikat.

  • Adakah yuran setiausaha syarikat akan dikembalikan jika saya menamatkan perkhidmatan setiausaha syarikat anda tidak sampai satu tahun dari tarikh saya membeli syarikat.?

    Yuran setiausaha syarikat tidak akan dikembalikan.

  • Berapa lamakah syarikat boleh meneruskan urusniaga jika setiausaha syarikat meletakan jawatan atau pengarah meletakan jawatan beliau?

    Syarikat boleh meneruskan urusniaga tanpa setiausaha syarikat untuk tempoh tidak melebihi tiga puluh hari.

  • Dalam tempoh berapa lamakah pengarah syarikat perlu melantik setiausaha syarikat selepas setiausaha syarikat lamanya meletak jawatan?

    Pengarah perlu mencari dan melantik setiausaha syarikat baru untuk mengantikan setiausaha syarikat lamanya dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh surat peletakan jawatan setiausaha syarikat dikeluarkan.
    Dalam seksyen 240 Akta Syarikat menyatakan bahawa:-
    Jawatan setiausaha syarikat tidak boleh dibiarkan kosong selama tempoh yang lebih daripada tiga puluh hari pada satu-satu masa.

  • Siapakah yang akan menanggung kos penyediaan untuk menyerah simpan penyata tahunan dan akaun beraudit jika syarikat tersedia yang dibeli telah berusia melebihi 1 tahun?
    Syarikat melalui Pengarah baru yang mengambil alih syarikat yang perlu menanggung keseluruhan kos untuk penyediaan penyata tahunan dan akaun beraudit syarikat untuk diserah simpan di SSM.

  • Perlukah syarikat saya menyerahkan penyata tahunan dan penyata kewangan yang telah diaudit meskipun syarikat saya langsung tidak beroperasi?
    Ya, setiap syarikat perlu menyerahsimpan penyata tahunan dan juga akaun yang telah diaudit ke SSM setiap tahun meskipun syarikat tidak beroperasi sama sekali.

    PENYATA TAHUNAN SYARIKAT – Terkandung didalam Seksyen 68 Akta Syarikat 2016

    penyata tahunan? ertinya penyata yang dikehendaki supaya diserah simpan di bawah seksyen 68, termasuk apa-apa dokumen yang disertakan dengan penyata itu.
    Seksyen 68 – Kewajipan untuk menyerah simpan penyata tahunan –
    (1) Sesuatu syarikat hendaklah menyerah simpan dengan Pendaftar suatu penyata tahunan bagi setiap tahun kalendar tidak lewat daripada tiga puluh hari dari tarikh ulang tahun pemerbadanannya.
    (2) Kehendak di bawah subseksyen (1) tidak terpakai bagi suatu syarikat yand dalam tahun calendar itu syarikat itu diperbadankan.
    (3) Penyata tahunan suatu syarikat hendaklah mengandungi butir-butir berikut:
    (a) Alamat pejabat berdaftarnya;
    (b) Jenis perniagaannya;
    (c) alamat tempat di mana perniagaannya dijalankan termasuklah cawangan, jika ada;
    (d) alamat yang daftar anggotanya disimpan, jika tidak disimpan di pejabat berdaftar;
    (e) alamat yang rekod kewangannya disimpan, jika tidak disimpan di pejabat berdaftar;
    (f) dalam hal suatu syarikat yang mempunyai modal syer, ringkasan struktur pemegangan syernya, termasuklah debenture;
    (g) amaun keseluruhan keterhutangannya;
    (h) butir-butir pengarah, pengurus, setiausaha dan juruaudit;
    (i) senarai anggotanya; dan
    (j) apa-apa maklumat lain yang dikehendaki oleh Pendaftar.
    (4) Pendaftar hendaklah mempunyai kuasa untuk menentukan bentuk dan cara penyata tahunan itu diserah simpan.
    (5) Penyata tahunan itu hendaklah ditandatangani oleh seorang pengarah atau setiausaha syarikat.
    (6) Jika butir-butir yang dikehendaki di bawah subseksyen (3) tidak berubah dengan penyata tahunan terakhir sebelumnya, syarikat hendaklah dibenarkan untuk menyerah simpan suatu pernyataan yang ditandatangani oleh pengarah atau setiausaha yang memperakukan bahawa tiada perubahan dalam apa-apa perkara yang dnyatakan dengan tahun sebelumnya.
    (7) Suatu syarikat awam yang mempunyai lebih daripada lima ratus anggota dan memberi peluang dan memberi peluang dan kemudahan yang munasabah untuk seseorang memeriksa dan mengambil salinan daripada senarai anggotanya dan butir-butir syernya yang dipindahkan milik tidak perlu mematuhi kehendak di bawah perenggan (3)(i) jika dimasukkan kedalam penyata tahunan-
    (a) Suatu perakuan oleh setiausaha syarikat bahawa syarikat itu adalah daripada jenis yang subseksyen ini terpakai; dan
    (b) Suatu senarai yang menunjukkan butir-butir yang ditetapkan bagi dua puluh pemegang saham terbesar setiap kelas syer ekuiti.
    (8) Pendaftar boleh mengeluarkan sesuatu syarikat daripada daftar yang diperuntukkan dalam seksyen 549, jika syarikat itu gagal untuk menyerah simpan penyata tahunan bagi tiga tahun atau lebih berturut-turut.
    (9) Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

    MENYEDIAKAN PENYATA KEWANGAN –Seksyen 248 Akta Syarikat 2016.

    (1) Pengarah tiap-tiap syarikat hendaklah menyediakan penyata kewangan-
    (a) dalam masa lapan belas bulan dari tarikh pemerbadanannya; dan
    (b) berikutnya, dalam masa enam bulan dari tahun kewangannya berakhir.
    (2) Penyata kewangan yang disebut dalam subsekyen (1) hendaklah diaudit sewajarnya sebelum penyata kewangan itu dihantar kepada tiap-tiap anggota dibawah seksyen 257 atau, dalam hal suatu syarikat awam, dihantar kepada tiap-tiap anggota di bawah seksyen 257 dan dibentangkan di hadapan mesyuarat agung tahunan di bawah seksyen 340.
    (3) Mana-mana pengarah syarikat yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

top