Company Registration Office | Company Secretarial Office In Malaysia | Register Company Services In Malaysia

Penyediaan, lapuran Akaun | Audit | Penyata Kewangan dan Penyata Tahunan Mengikut Akta Syarikat 2016

Tafsiran Penyata Kewangan Dan Lapuran Seksyen 243 Akta Syarikat 2016. Bagi maksud Penggal ini “Piawaian perakaunan diluluskan” hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Laporan Kewangan 1997;
“Subsidiari”, kecuali bagi seksyen 246 mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam piawaian perakaunan diluluskan yang dikeluarkan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia yang ditubuhkan dibawah Akta Laporan Kewangan 1997.
“tahun kewangan” ertinya tempoh yang berkenaan dengannya apa-apa penyata kewangan perbadanan disediakan sama ada tempoh itu genap satu tahun atau tidak.
penyata kewangan mempunyai erti yang sama yang dinyatakan dalam piawaian perakaunan diluluskan yang dikeluarkan atau diluluskan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia dibawah Akta Lapuran Kewangan 1997.
rekod perakaunan, berhubung dengan suatu perbadanan, termasuk invois, resit, perintah bagi pembayaran wang, bil pertukaran, cek, nota janji hutang, baucar dan dokumen catatan utama lain dan termasuk juga apa-apa kertas kerja dan dokumen lain dan yang diperlikan untuk menerangkan kaedah dan pengiraan yang dengannya sesuatu akaun disediakan.
juruaudit syarikat diluluskana ertinya seseorang yang telah diluluskan dibawah seksyen 263 sebagai juruaudit dan yang kelulusannya tidak dibatalkan.
penyata tahunan ertinya penyata yang dikehendaki supaya diserah simpan di bawah seksyen 68, termasuk apa-apa dokumen yang disertakan dengan penyata itu.
Berikut adalah sebahagian daripada keperluan didalam Akta Syarikat 2016 yang berkaitan dengan perakaunan, audit, cukai, GST, penyata tahunan yang perlu digalas oleh setiap pengarah syarikat.

 

AKAUN –Terkandung didalam Seksyen 243 – 261 Akta Syarikat 2016

“Akaun untung dan rugi” termasuk akaun pendapatan dan perbelanjaan, akaun hasil atau apa-apa akaun lain yang menunjukkan hasil urus niaga sesuatu perbadanan bagi sesuatu tempoh.Perakaunan adalah maklumat transaksi dimana penyampaian maklumat kewangan sesebuah entiti perniagaan kepada pengguna yang berkepentingan terutamanya kepada pelabur-pelabur, pemegang saham dan juga pengurus.Secara umumnya, maklumat perakaunan ini dipaparkan didalam bentuk penyata kewangan yang memberi fokus kepada memperincikan sumber-sumber aliran masuk dan keluar sumber kewangan.
Perakaunan merupakan fomula yang digunapakai bagi mencari punca kejayaan dan kegagalan di dalam tadbir urus kewangan perniagaan.Prinsip-prinsip perakaunan diaplikasi di dalam entiti perniagaan dalam tiga bahagian seni gunaan, dinamakan perakaunan, simpan kira, dan pengauditan.
Perakaunan atau prinsip akaun merupakan pengukuran, pendedahan atau peruntukan kepastian mengenai maklumat yang membantu pengurus dan orang lain yang membuat keputusan perniagaan bagi membuat keputusan mengenai peruntukan sumber. Perakaunan kewangan ialah salah satu cabang perakaunan yang asas kerana melibatkan proses-proses yang mana maklumat kewangan mengenai suatu perniagaan direkod, dikelas, dirumus, ditafsir dan dihubungkan.
Sistem perakaunan bertujuan untuk memastikan aliran keluar masuk sumber kewangan yang tepat dan laporan kewangan begitu penting dan amat berguna terutama kepada pengurus, badan-badan berkanun serta penguatkuasa korporat (regulator), dan juga kepada pemegang kepentingan (pemegang saham (shareholders), pemiutang (creditors) , rakan kongsi perniagaan. Penyimpanan rekod transaksi jualan harian yang berlaku setiap hari juga dikenali sebagai kunci kira-kira atau juga maklumat simpan kira (bookkeeping).
Sistem catatan akaun bergu (double-entry bookkeeping system) merupakan unsur yang amat terpenting bagi penyediaan perakaunan kewangan mengikut kaedah moden. Sistem ini melibatkan kemasukan sekurang-kurangnya dua catatan bagi setiap transaksi yang dibuat dalam aliran perniagaan: satu catatan berbentuk debit didalam satu akaun, serta satu catatan berbentuk kredit yang dikira serentak dengan catatan debit didalam satu akaun yang lain. Jumlah kesemua catatan debit mestilah menyamai jumlah kesemua catatan secara kredit. Ini memudahkan seseorang untuk menyemak kesilapan didalam akaun perniagaan mereka.
Selanjutnya

 

AKAUN HENDAKLAH DISIMPAN –Terkandung didalam Seksyen 245 Akta Syarikat 2016

(1) Sesuatu syarikat, pengarah dan pengurus suatu syarikat hendaklah-
(a) Menyebabkan supaya disimpan apa-apa rekod perakaunan dan rekod lain yang secukupnya menjelaskan transaksi dan kedudukan kewangan syarikat dan membolehkan akaun untung rugi dan kunci kira-kira yang betul dan tepat dan apa-apa dokumen yang dikehendaki untuk dilampirkan dengannya disediakan; dan
(b) Menyebabkan apa-apa rekod perakaunan dan rekod lain disimpan mengikut cara yang membolehkan rekod perakaunan dan rekod lain itu diaudit dengan mudah dan sepatutnya.
(2) Syarikat, pengarah dan pengurus syarikat hendaklah menyebabkan supaya catatan yang sewajarnya dibuat dalam rekod perakaunan dan rekod lain dalam masa enam pulluh hari dari selesainya transaksi yang berhubung dengan catatan itu.
(3) Syarikat hendaklah memegang simpan rekod yang disebaut dalam subseksyen (1) itu selama tujuh tahun selepas selesainya transaksi atau pengendalian yang berhubung dengan catatan itu.
(4) Rekod yang disebut dalam subseksyen 91) hendaklah disimpan di pejabat berdaftar syarikat atau mana-mana tempat lain yang difikirkan patut oleh pengarah, dan hendaklah pada setiap masa dibuka bagi pemeriksaan oleh pengarah.
(5) Walau apa pun subseksyen (4), rekod perakaunan dan rekod lain bagi pengendalian di luar Malaysia bolehlah disimpan oleh syarikat itu disuatu tempat di luar Malaysia dengan syarat bahawa rekod perakaunan dan rekod lain itu hendaklah dihantar dan disimpan di duatu tempat di Malaysia dan dijadikan tersedia untuk diperiksa oleh pengarah pada setiap masa.
(6) Rekod perakaunan dan rekod lain yang disebut dalam subseksyen (5) hendaklah termasuk apa-apa pernyataan dan penyata berkenaan dengan urusan yang diperkatakan dalam rekod yang disimpan sedemikian untuk membolehkan penyediaan suatu penyata kewangan yangbenar dan patut dan apa-apa dokumen yang dikehendaki untuk dilampirkan dengan penyata kewangan itu.
(7) Jika mana-mana rekod perakaunan dan rekod lain disimpan di suatu tempat di luar Malaysia di bawah subseksyen (4) atau 95), Pendaftar boleh menghendaki syarikat untuk mengemukakan rekod itu di suatu tempat di Malaysia atau menentukan jenis dan cara rekod itu hendaklah disimpan di Malaysia.
(8) Mahkamah boleh, dalam apa-apa hal tertentu, memerintahkan supaya rekod perakaunan dan rekod lain syarikat dibuka untuk pemeriksaan oleh juruaudit syarikat yang diluluskan yang bertindak bagi pihak pengarah, tertakluk kepada suatu aku janji bertulis yang diberikan kepada Mahkamah bahawa maklumat yang diperoleh oleh juruaudit semasa pemeriksaannya tidak boleh dizahirkan olehnya kecuali kepada pengarah itu.
(9) Syarikat dan tiap-tiap pengawai syarikat yang melanggar selsyen ini melakukan kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Selanjutnya

 

MENYEDIAKAN PENYATA KEWANGAN – Seksyen 248 Akta Syarikat 2016.

(1) Pengarah tiap-tiap syarikat hendaklah menyediakan penyata kewangan-
(a) dalam masa lapan belas bulan dari tarikh pemerbadanannya; dan
(b) berikutnya, dalam masa enam bulan dari tahun kewangannya berakhir.
(2) Penyata kewangan yang disebut dalam subsekyen (1) hendaklah diaudit sewajarnya sebelum penyata kewangan itu dihantar kepada tiap-tiap anggota dibawah seksyen 257 atau, dalam hal suatu syarikat awam, dihantar kepada tiap-tiap anggota di bawah seksyen 257 dan dibentangkan di hadapan mesyuarat agung tahunan di bawah seksyen 340.
(3) Mana-mana pengarah syarikat yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Selanjutnya

 

AUDIT –Terkandung didalam Seksyen 262 – 289 Akta Syarikat 2016

Pengauditan adalah satu-satunya proses yang dilakukan oleh individu yang kompeten, bebas mengumpul dan menilai segala bukti mengenai maklumat yang berhubung rapat dengan transaksaki aliran keluar masuk kewangan yang spesifik untuk tujuan mengenalpasti sumber perbelanjaan masuk dan keluar dan seterusnya melaporkan tahap pertalian di antara maklumat kewangan yang diterima dengan mengunapakai kriteria yang telah ditetapkan. Audit Dalaman adalah badan bebas yang menjalankan penilaian objektif dan aktiviti perundingan bagi tujuan untuk menambah nilai dan mempertingkatkan operasi sesebuah organisasi.
Dengan lapuran yang tepat ianya akan membantu organisasi mencapai objektifnya melalui pendekatan audit yang berdisiplin dan sistematik untuk menilai dan mempertingkatkan keberkesanan risiko pengurusan, kawalan dan proses tadbir urus perniagaan.
Mengikut tafsiran juruaudit syarikat diluluskan bererti seseorang yang telah diluluskan dibawah seksyen 263 sebagai juruaudit dan yang kelulusannya tidak dibatalkan.
Selanjutnya

 

DEFINASI CUKAI INDIVIDU DAN SYARIKAT DI MALAYSIA

Cukai ialah pembiayaan yang perlu dibayar oleh individu atau syarikat kepada Kerajaan hasil daripada sumber pendapatan yang dijana sama ada dalam bentuk penerimaan pelbagai sumber kewangan sama ada secara peribadi atau didalam bentuk urusniaga sesbuah perniagaan.
Cukai akan dikenakan setelah mencapai tahap tertentu mengikut garis panduan perundangan yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Selanjutnya

 

MAKLUMAT BERKAITAN GST SYARIKAT DAN PERNIAGAAN

Cukai Barang dan Perkhidmatan (Bahasa Inggeris: Goods and Services Tax, GST) merupakan cukai nilai tambah dan cukai berdasarkan perbelanjaan di Malaysia. GST mula berkuatkuasa pada 1 April 2015 dengan kadar piawai sebanyak 6 peratus dan dikenakan atas perkhidmatan dan produk.
Cukai Jualan (berkadar 10%) dan Cukai Perkhidmatan (berkadar 6%) dimansuhkan selepas berkuatkuasanya pengenalan cukai GST.
Pengenalan cukai GST bertujuan untuk mereformasikan sistem percukaian negara, mempelbagaikan sumber pendapatan negara, dan meningkatkan kecekapan pungutan cukai. Malaysia menjadi sebahagian daripada lebih 160 buah negara di dunia yang melaksanakan sistem cukai nilai tambah sebagai sebahagian daripada sumber pendapatan negara.
Setiap syarikat perlu membuat fail GST bilamana transaksi urusniaga telah mencapai jualan RM500,000.00 setahun.
Selanjutnya

 

PENYATA TAHUNAN SYARIKAT –Terkandung didalam Seksyen 68 Akta Syarikat 2016

penyata tahunan ertinya penyata yang dikehendaki supaya diserah simpan di bawah seksyen 68, termasuk apa-apa dokumen yang disertakan dengan penyata itu.
Seksyen 68 – Kewajipan untuk menyerah simpan penyata tahunan –
(1) Sesuatu syarikat hendaklah menyerah simpan dengan Pendaftar suatu penyata tahunan bagi setiap tahun kalendar tidak lewat daripada tiga puluh hari dari tarikh ulang tahun pemerbadanannya.
(2) Kehendak di bawah subseksyen (1) tidak terpakai bagi suatu syarikat yand dalam tahun calendar itu syarikat itu diperbadankan.
(3) Penyata tahunan suatu syarikat hendaklah mengandungi butir-butir berikut:
(a) Alamat pejabat berdaftarnya;
(b) Jenis perniagaannya;
(c) alamat tempat di mana perniagaannya dijalankan termasuklah cawangan, jika ada;
(d) alamat yang daftar anggotanya disimpan, jika tidak disimpan di pejabat berdaftar;
(e) alamat yang rekod kewangannya disimpan, jika tidak disimpan di pejabat berdaftar;
(f) dalam hal suatu syarikat yang mempunyai modal syer, ringkasan struktur pemegangan syernya, termasuklah debenture;
(g) amaun keseluruhan keterhutangannya;
(h) butir-butir pengarah, pengurus, setiausaha dan juruaudit;
(i) senarai anggotanya; dan
(j) apa-apa maklumat lain yang dikehendaki oleh Pendaftar.
(4) Pendaftar hendaklah mempunyai kuasa untuk menentukan bentuk dan cara penyata tahunan itu diserah simpan.
(5) Penyata tahunan itu hendaklah ditandatangani oleh seorang pengarah atau setiausaha syarikat.
(6) Jika butir-butir yang dikehendaki di bawah subseksyen (3) tidak berubah dengan penyata tahunan terakhir sebelumnya, syarikat hendaklah dibenarkan untuk menyerah simpan suatu pernyataan yang ditandatangani oleh pengarah atau setiausaha yang memperakukan bahawa tiada perubahan dalam apa-apa perkara yang dnyatakan dengan tahun sebelumnya.
(7) Suatu syarikat awam yang mempunyai lebih daripada lima ratus anggota dan memberi peluang dan memberi peluang dan kemudahan yang munasabah untuk seseorang memeriksa dan mengambil salinan daripada senarai anggotanya dan butir-butir syernya yang dipindahkan milik tidak perlu mematuhi kehendak di bawah perenggan (3)(i) jika dimasukkan kedalam penyata tahunan-
(a) Suatu perakuan oleh setiausaha syarikat bahawa syarikat itu adalah daripada jenis yang subseksyen ini terpakai; dan
(b) Suatu senarai yang menunjukkan butir-butir yang ditetapkan bagi dua puluh pemegang saham terbesar setiap kelas syer ekuiti.
(8) Pendaftar boleh mengeluarkan sesuatu syarikat daripada daftar yang diperuntukkan dalam seksyen 549, jika syarikat itu gagal untuk menyerah simpan penyata tahunan bagi tiga tahun atau lebih berturut-turut.
(9) Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Selanjutnya

top