Company Registration Office | Company Secretarial Office In Malaysia | Register Company Services In Malaysia

PERANAN KEPERLUAN DAN FUNGSI ALAMAT PEJABAT BERDAFTAR SYARIKAT
Setiap syarikat yang didaftarkan di Malaysia perlu mempunyai alamat pejabat berdaftarnya untuk menyimpan dokumen-dokumen serta buku-buku berkanun syarikat dan fail syarikat. Pejabat berdaftar juga berperanan sebagai tempat berurusan diantara pengarah syarikat, pemegang saham syarikat, orang awam dengan setiausaha syarikat. Alamat pejabat berdaftar penting memandangkan ianya berperanan untuk urusan surat menyurat, memberi maklumat dan penyimpanan data syarikat.
Pada dasarnya fungsi pejabat berdaftar syarikat adalah perantara diantara pihak syarikat dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia serta lain-lain badan kerajaan, agensi kerajaan dan badan-badan berkanun serta pihak swasta bagi menyerahkan dokumen syarikat dari masa kesemasa.
Syarikat dan pengawai yang melanggar akta ini melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.
Pengarah Syarikat hendaklah memberitahu Pendaftar tentang apa-apa pertukaran alamat pejabat berdaftarnya seperti didalam seksyen 47 Akta Syarikat 2016 subseksyen (3) dalam masa empat belas hari dari tarikh pertukaran itu.

 

SEKSYEN 46 AKTA SYARIKAT 2016 : PEJABAT BERDAFTAR DAN WAKTU PEJABAT BERDAFTAR.
(1) Sesuatu syarikat hendaklah pada setiap masa mempunyai suatu pejabat berdaftar di Malaysia yang kepadanya semua bentuk komunikasi dan notis boleh ditujukan.
(2) Pejabat berdaftar itu hendaklah dibuka dan boleh diakses oleh orang awam pada waktu biasa perniagaan.
(3) Pendaftar hendaklah diberitahu tentang apa-apa pertukaran alamat pejabat berdaftar
dalam masa empat belas hari dari pertukaran itu.
(4) Syarikat dan tiap-tiap pengawai yang melanggar Seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.
Selanjutnya

 

SEKSYEN 47 AKTA SYARIKAT 2016 : DOKUMEN HENDAKLAH DISIMPAN DI PEJABAT BERDAFTAR.
(1) Sesuatu syarikat hendaklah menyimpan di pejabat berdaftarnya-
(a) Notis pendaftaran yang dikeluarkan di bawah Seksyen 15
(b) Perlembagaan syarikat jika ada
(c) Perakuan yang diberikan di bawah Akta ini atau undang-undng bertulis terdahulu
yang bersamaan, jika ada
(d) Semua daftar, buku, rekod dan dokumen sebagaimana yang dikehendaki di bawah akta ini.
(e) Minit semua mesyuarat anggota dan ketetapan anggota
(f) Minit semua mesyuarat dan ketetapan lembaga dan jawatankuasa Lembaga
(g) Salinan semua komunikasi bertulis kepada semua anggota atau semua pemegang syer daripada kelas yang sama.
(h) Salinan semua penyata kewangan dan penyata kewangan kumpulan.
(i) Rekod perakaunan syarikat yang dikehendaki di bawah syeksyen 245
(j) Salinan semua surat cara yang mewujudkan atau menjadi keterangan gadaian sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 357
(k) Apa-apa dokumen lain yang dikehendaki disimpan oleh Pendaftar
(2) Apa-apa dokumen yang disebut dalam subseksyen (1), selain dokumen yang disebut dalam perenggan (1)(f), boleh disimpan di tempat selain di pejabat berdaftar syarikat itu dengan syarat notis mengenainya telah diberikan kepada Pendaftar.
(3) Syarikat itu hendaklah memberitahu Pendaftar tentang apa-apa pertukaran alamat tempat yang disebut dalam subseksyen (1) dan (2) dalam masa empat belas hari dari tarikh pertukaran itu.
(4) Syarikat dan tiap-tiap pengawai yang melanggar Seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidk melebihi sepuluh ribu ringgit dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Selanjutnya

 

SEKSYEN 48 AKTA SYARIKAT 2016 : PEMERIKSAAN DOKUMEN DAN REKOD YANG DISIMPAN OLEH SYARIKAT.
(1) Apa-apa dokumen dan rekod yang kena disediakan untuk diperiksa di bawah Akta ini, hendaklah tersedia untuk diperiksa oleh mana-mana orang yang berhak untuk memeriksa dokumen dan rekod itu di pejabat berdaftar syarikat atau di mana-mana tempat yang dibenarkan oleh Akta ini.
(2) Syarikat hendaklah menyediakan kemudahan yang sepatutnya untuk membolehkan dokumen dan rekod itu diperiksa.
(3) Orang yang berhak di bawah Akta ini untuk memeriksa dokumen dan rekod yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dibenarkan untuk membuat Salinan atau mengambil cabutan daripada dokumen dan rekod itu.
Selanjutnya

 

SEKSYEN 57 AKTA SYARIKAT 2016 : DAFTAR PENGARAH, PENGURUS DAN SETIAUSAHA PERLU DISIMPAN DIPEJABAT BERDAFTAR.
(1) Tiap-tiap syarikat hendaklah menyimpan di Pejabat berdaftarnya suatu daftar mengenai pengarah, pengurus dan setiausahanya yang mengandungi, tetapi tidak terhad kepada, butir-butir yang berikut:
(a) Berkenaan dengan pengarah-
(i) Nama, alamat kediaman, alamat penyampaian, tarikh lahir, jawatan dan pengenalan perniagaannya; dan
(ii) Butir-butir mengenai mana-mana jawatan pengarah lain bagi syarikat awam atau syarikat yang menjadi subsidiari bagi syarikat awam yang dipegang oleh pengarah itu, tetapi tidaklah perlu bagi daftar itu untuk mengandungi butir-butir mengenai jawatan pengarah yang dipegang oleg seseorang pengarah dalam suatu syarikat yang menurut kuasa seksyen 7 disifatkan berkaitan dengan syarikat itu:
(b) Berkenaan dengan pengurus dan setiausaha, nama penuh, pengenalan dan alamat kediaman, alamat perniagaan, jika ada, dan pekerjaannya yang lain.
(2) Bagi maksud perenggan (1)(a), jika seseorang menjadi pengarah dalam satu atau lebih subsidiaribagi syarikat pemegangan yang sama, mencukupi jika ia menzahirkan bahawa orang itu ialah pemegang sama atau lebih jawatan pengarah dalam kumpulan syarikat itu dan kumpulan itu boleh diperihalkan dengan nama syarikat pemegangan dengan tambahan perkataan kumpulan
(3) Daftar hendaklah dibuka bagi pemeriksaan oleh mana-mana anggota syarikat tanpa dikenakan bayaran oleh mana-mana orang lain apabila dibayar sejumlah sepuluh ringgit, atau apa-apa jumlah yang lebih rendah sebagaimana yang dikehendaki oleh syarikat, bagi setiap pemeriksaan.
(4) Jika terdapat apa-apa pertukaran butir-butir mengenai pengarah, pengurus, setiausaha syarikat hendaklah menguatkuasakan pertukaran dalam daftar itu dalam masa empat belas hari dari pertukaran itu.
(5) Suatu perakuan Pendaftar yang menyatakan bahawa daripada apa-apa penyata yang diserah simpan dengan Pendaftar di bawah seksyen ini ternyata bahawa pada bila-bila masa yang dinyatakan dalam perakuan itu mana-mana orang yang merupakan pengarah, pengurus atau setiausaha suatu syarikat yang dinyatakan hendaklah boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding dan hendaklah menjadi keterangan prima facie tentang fakta yang dinyatakan dalam perakuan itu.
(6) Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
(7) Dalam seksyen ini-
pengenalan ertinya, dalam hal mana-mana orang yang dikeluarkan kepadanya suatu kad pengenalan, no kad pengenalan, dalam hal seseorang yang tidak dikeluarkan kepadanya suatu kad pengenalan, butir-butir pasport atau apa-apa keterangan pengenalan lain yang seumpama sebagaimana yang ada;
pengarah termasuk pengarah silih ganti, ganti atau tempatan.
Selanjutnya

 

SEKSYEN 30A AKTA SYARIKAT 2016 : PENYIARAN NAMA SYARIKAT SETELAH SYARIKAT DIDAFTARKAN.
Setiap pengarah dan pegawai syarikat hendaklah mengambil berat untuk mematuhi Akta Syarikat 2016 berkaitan mempamerkan nama syarikat dan memiliki alamat pejabat berdaftarnya di Malaysia. Sila baca maklumat yang diberi dibawah.
Sesuatu syarikat hendaklah mempamerkan nama berdaftarnya dan nombor pendaftaran syarikat di-
(a) pejabat berdaftarnya;
(b) tiap-tiap tempat di mana perniagaannya dijalankan; dan
(c) tiap-tiap tempat di mana bukunya disimpan
(2) Sesuatu syarikat hendaklah menzahirkan nama berdaftarnya dan nombor pendaftaran syarikat pada-
(a) surat perniagaannya, notis dan penerbitan rasmi yang lain, termasuklah dalam bentuk elektronik;
(b) laman sesawangnya;
(c) bil pertukaran, nota janji hutang, endorsmen dan borang pesanannya;
(d) cek yang berupa ditandatangani oleh atau bagi pihak syarikat;
(e) inbois pesanan dan tuntutan lain bagi pembayaran, resit dan surat kredit yang berupa dikeluarkan atau ditandatangani oleh atau bagi pihak syarikat; dan
(f) semua bentuk lain surat-menyurat dan dokumentasi perniagaannya.
(3) Pendaftar hendaklah menentukan cara sesuatu nama berdaftar dipamerkan atau dizahirkan oleh sesuatu syarikat.
(4) Bagi maksud subseksyen (2), jika suatu syarikat menukarkan namanya dibawah seksyen 28 atau 29, nama syarikat itu yang dahulu hendaklah terdapat dibawah nama berdaftarnya sekarang bagi tempoh tidak kurang daripada dua belas bulan dari tarikh penukaran itu.
(5) Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.
Selanjutnya

 

PENYEWAAN ALAMAT PEJABAT BERDAFTAR SYARIKAT.
Ambil Perhatian
Pejabat berdaftar adalah salah satu perkhidmatan yang ditawarkan oleh Firma Setiausaha Syarikat kami bagi memenuhi kriteria yang diwajibkan oleh Akta Syarikat 2016 untuk setiap syarikat yang berdaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan ianya berfungsi sebagai alamat pejabat berdaftar serta pejabat berdaftar untuk penyerahan, penerimaan dan penyimpanan dokumen-dokumen berkanun syarikat setelah diserah simpan ke SSM , LHDN dan lain-lain agensi kerajaan dari masa kesemasa.
Yuran sewaan alamat berdaftar dan pejabat berdaftar syarikat ialah sebanyak RM 60.00 sebulan bersamaan RM 720.00 setahun dan perlu dibayar oleh syarikat setelah inbois dikeluarkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh inbois.
Firma Setiausaha Syarikat kami berhak untuk menamatkan perkhidmatan penyewaan alamat berdaftar dan pengunaan pejabat berdaftar dengan syarikat yang gagal membuat bayaran seperti yang diminta.

 

top