Company Registration Office | Company Secretarial Office In Malaysia | Register Company Services In Malaysia

TAFSIRAN MENGIKUT AKTA SYARIKAT 2016
akaun untung dan rugi termasuk akaun pendapatan dan perbelanjaan, akaun hasil atau apa-apa akaun lain yang menunjukkan hasil urus niaga sesuatu perbadanan bagi sesuatu tempoh.
alamat penyampaian berhubung dengan seseorang pengarah, etinya suatu alamat, secara elektronik atau selainnya, yang diberikan kepada syarikat yang kepadanya apa-apa komunikasi boleh dihantar.
juruaudit syarikat diluluskan ertinya seseorang yang telah diluluskan dibawah seksyen 263 sebagai juruaudit dan yang kelulusannya tidak dibatalkan.
mesyuarat agung tahunan, berhubung dengan suatu syarikat awam, ertinya suatu mesyuarat syarikat yang dikehendaki supaya diadakan oleh seksyen 340 Akta Syarikat 2016.
“tahun kewangan”ertinya tempoh yang berkenaan dengannya apa-apa penyata kewangan perbadanan disediakan sama ada tempoh itu genap satu tahun atau tidak.
rekod perakaunan, berhubung dengan suatu perbadanan, termasuk invois, resit, perintah bagi pembayaran wang, bil pertukaran, cek, nota janji hutang, baucar dan dokumen catatan utama lain dan termasuk juga apa-apa kertas kerja dan dokumen lain dan yang diperlikan untuk menerangkan kaedah dan pengiraan yang dengannya sesuatu akaun disediakan.
pegawai,berhubung dengan suatu perbadanan, termasuk-
(a) Mana-mana pengarah, setiausaha atau pekerja perbadanan;
(b) Penerima dan pengurus mana-mana bahagian pengusahaan perbadanan yang dilantik di bawah kuasa yang terkandung dalam mana-mana surat cara; dan
(c) Mana-mana penyelesai syarikat yang dilantik dalam pengulungan sukarela,tetapi tidak termasuk-
(i) Mana-mana penerima yang bukannya seorang pengurus;
(ii) Mana-mana penerima dan pengurus yang dilantik oleh Mahkamah; atau
(iii) Mana-mana penyelesai yang dilantik oleh Mahkamah atau pemiutang;
penyata kewangan mempunyai erti yang sama yang dinyatakan dalam piawaian perakaunan diluluskan yang dikeluarkan atau diluluskan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia di bawah Akta Lapuran Kewangan 1997.
penyata tahunana ertinya penyata yang dikehendaki supaya diserah simpan di bawah seksyen 68, termasuk apa-apa dokumen yang disertakan dengan penyata itu.
“syarikat persendirian” ertinya-
(a) mana-mana syarikat yang sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini erupakan suatu syarikat persendirian di bawah mana-mana undang-undang bertulis terdahulu yang bersamaan;
(b) mana-mana syarikat yang diperbadanan sebagai suatu syarikat persendirian di bawah Akta ini; atau
(c) mana-mana syarikat yang bertukar menjadi suatu syarikat persendirian di bawah seksyen 41,
iaitu suatu syarikat yang tidak terhenti menjadi syarikat persendirian di bawah seksyen 42;
“Syer” ertinya modal syer yang dikeluarkan sesuatu perbadanan dan termasuk saham kecuali jika perbezaan antara saham dengan syer dinyatakan atau tersirat.

SEKSYEN 42 AKTA SYARIKAT 2016 : SYARIKAT PERSENDIRIAN.

Mengikut tafsiran didalam Akta Syarikat 2016 “syarikat persendirian” ertinya-
(a) mana-mana syarikat yang sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini merupakan suatu syarikat persendirian di bawah mana-mana undang-undang bertulis terdahulu yang bersamaan;
(b) mana-mana syarikat yang diperbadanan sebagai suatu syarikat persendirian di bawah Akta ini; atau
(c) mana-mana syarikat yang bertukar menjadi suatu syarikat persendirian di bawah seksyen 41,
iaitu suatu syarikat yang tidak terhenti menjadi syarikat persendirian di bawah seksyen 42;
Seksyen 42 menyatakan berkaitan dengan Syarikat Persendirian
(1) Suatu syarikat berhad menurut syer yang mempunyai tidak lebih daripada lima puluh pemegang syer boleh-
(a) Didaftarkan sebagai suatu syarikat persendirian;
(b) Menukar statusnya kepada suatu syarikat persendirian; atau
(c) Terus berdaftar sebagai suatu syarikat persendirian.
(2) Suatu syarikat persendirian hendaklah menyekat pemindahan syernya.
(3) Bagi maksud subseksyen (1), dalam menentukan bilangan pemegang syer dalam suatu syarikat persendirian-
(a) pemegang syer bersama hendaklah dianggap sebagai satu orang; dan
(b) pemegang syer yang menjadi atau telah menjadi pekerja syarikat atau subsidiarinya semasa mereka menjadi pemegang syer tidak boleh dihitung.
(4) Jika suatu syarikat persendirian-
(a) Terhenti menyekat pemindahan syernya;
(b) Terhenti mempunyai modal syer; atau
(c) Mempunyai lebih daripada lima puluh pemegang syer,
Pendaftar hendaklah menyampaikan suatu notis kepada syarikat itu bahawa pada tarikh yang dinyatakan dalam notis itu, syarikat itu terhenti menjadi syarikat persendirian.
(5) Jika, dibawah seksyen ini, Pendaftar menentukan bahawa suatu syarikat telah terhenti menjadi syarikat persendirian-
(a) Syarikat itu hendaklah menjadi suatu syarikat awam dan hendaklah disifatkan telah menjadi syarikat awam pada dan mulai dari tarikh yang dinyatakan dalam notis itu;
(b) Syarikat itu hendaklah, pada tarikh yang dinyatakan sedemikian disifatkan telah menukar namanya dengan peninggalan daripada namanya perkataan Sendirian atau singkatan Sdn, mengikut kehendak keadaan; dan
(c) Syarikat itu dalam masa empat belas hari dari tarikh notis itu, menyerah simpan dengan Pendaftar-
(i) Suatu pernyataan sebagai ganti prospectus; dan
(ii) Suatu akuan berkanun yang menentusahkan bahawa pereggan 190(1)(b) telah dipatuhi.
(6) Menurut kuasa penentuan yang dibuat di bawah seksyen ini, suatu syarikat yang telah menjadi suatu syarikat awam tidak boleh bertukar kepada suatu syarikat persendirian tanpa mendapat keizinan Mahkamah.
(7) Syarikat dan tiap-tiap pegawa yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Maklumat Am:-
Harga pendaftaran syarikat yang terdapat atau dipaparkan didalam Iklan di Akbar harian merupakan kos keseluruhan penubuhan syarikat yang perlu dibayar ke Suruhanjaya Syarikat MALAYSIA dan Pejabat Duti setem. Ianya tidak termasuk kos-kos sampingan yang lain seperti buku-buku berkanun syarikat,cop mohor syarikat, resolusi pembukaan akaun syarikat, Salinan sah dokumen yang disahkah oleh Setiausaha Syarikat. Anda dinasihatkan agar merujuk terlebih dahulu untuk memastikan anda mendapat harga yang berpatutan bagi mengelakkan kerugian.

top