Company Registration Office | Company Secretarial Office In Malaysia | Register Company Services In Malaysia

JENIS SYER HARGA YURAN JUMLAH
Syarikat Baru 1 unit RM 2200 RM 720 RM 2920


FAQ BERKAITAN PENDAFTARAN SYARIKAT BARU

  • Bolehkan syer yang dipegang dipindah kepada penama baru?
    Ya boleh atas persetujuan Lembaga Pengarah Syarikat yang ada didalam syarikat pada waktu pemindahan hendak dilakukan.

  • Bolehkah syer dinaikkan?
    Ya boleh jika mendapat persetujuan ahli syarikat dan setelah bukti pembayaran syer dimasukkan ke dalam akaun bank syarikat.
  • Apakah pakej yang ditawarkan ini lengkap?
    Ya pakej pendaftaran syarikat baru adalah lengkap tanpa ada bayaran tersembunyi.
    1 permohonan carian nama syarikat secara percuma.
    Resolusi Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Pertama (Wajib).
    1. 5 Salinan Dokumen yang disahkan oleh Setiausaha Syarikat
    2. 5 Salinan Sek 14 – Permohonan Pendaftaran Syarikat
    3. 5 Salinan Sek 15 – Notis Perbadanan Syarikat
    4. 5 Salinan Sek 17 – Sijil Perbadanan Syarikat
    5. 5 Salinan Sek 58 & 236(2) Pemberitahuan Perlantikan Setiausaha Syarikat pertama
    6. 5 Salinan Borang 32A – Borang Pindahmilik Saham Syarikat
    7. 1 Cop Getah Syarikat
    8. Surat Tanggung Rugi ; dan
    9. Sijil Saham Syarikat dengan Nama syarikat dan nombor pendaftaran dicetak dengan sewajarnya.
  • Bilakah yuran Setiausaha Syarikat perlu dibayar?
    Pihak kami akan mengenakan yuran setiausaha syarikat selama setahun berjumlah RM 720.00 dan ianya perlu dibayar ketika syarikat ingin didaftarkan dan pada tahun seterusnya perlu dibayar pada setiap awal tahun selagi syarikat beroperasi. Yuran juga akan dinaikkan dari masa kesemasa jika difikirkan perlu bagi menampung kos Firma Setiausaha Syarikat.
  • Berapakah jumlah yuran yang dikenakan?
    RM 60.00 untuk sebulan dan RM 720.00 untuk setahun


  • Perlukah setiausaha syarikat anda berada berhampiran dengan tempat operasi peniagaan syarikat?

    Setiausaha syarikat tidak semestinya perlu berada berhampiran dengan anda kerana semua urusan berkaitan kesetiausahaan boleh dilakukan melalui e.mail atau kurier.


  • Perlukah setiausaha syarikat yang dilantik itu berada didalam negeri dimana syarikat anda mengendalikan urusniaga?

    Tidak perlu sama sekali kerana itu bukan kewajipan mengikut Akta Syarikat 2016.


  • Boleh ke saya membuka syarikat dengan Firma anda dan berniaga di negeri lain?

    Ya boleh kerana mengikut Akta Syarikat 2016 membenarkan.
  • Boleh saya mendaftar syarikat sedangkan saya berada di negeri lain?
    Ya anda masih boleh mendaftar syarikat anda meskipun anda berada di diluar negara.


  • Adakah Firma setiausaha syarikat anda menawarkan perkhidmatan bertemu pelanggan di mana-mana negeri di semenanjung Malaysia?

    Ya setiausaha syarikat kami boleh berjumpa anda secara peribadi di lokasi anda di mana-mana negeri di semenanjung Malaysia.


  • Berapakah bayaran tambahan yang akan dikenakan jika saya ingin setiausaha syarikat anda bertemu kami secara peribadi dilokasi pilihan kami?

    Bayaran akan ditentukan mengikut jarak lokasi anda.


  • Apakah bayaran yang akan dikenakan bagi tujuan perjumpaan dengan setiausaha syarikat anda dilokasi kami?

    Pada dasarnya bayaran untuk tiket penerbangan dan jika terpaksa bemalam maka bayaran penginapan juga akan ditanggung sepenuhnya oleh anda.
  • Bolehkah saya menjalankan perniagaan sedangkan syarikat saya didaftarkan di Negeri lain?
    Ya anda boleh menjalankan perniagaan didalam mana-mana negeri yang anda fikirkan perlu walaupun pada dasarnya syarikat anda didaftarkan ditempat lain.
  • Bolehkan nama syarikat saya ditukar dan berapa bayaran perkhidmatan yang dikenakan?
    Ya anda boleh membuat pertukaran nama syarikat selepas mendaftar syarikat baru atau selepas membeli syarikat tersedia dari kami dengan bayaran RM500.00.
    Berikut adalah petikan dari Seksyen 28 Akta Syarikat 2016 yang menerangkan berkaitan pertukaran nama syarikat.
    Seksyen 28 – PERTUKARAN NAMA SYARIKAT.
    (1) Suatu syarikat boleh membuat ketetapan bahawa namanya ditukar melalui ketetapan khas.
    (2) Syarikat hendaklah memberitahu Pendaftar tentang pertukaran namanya dalam masa tiga puluh hari dari tarikh ketetapan khas itu diluluskan.
    (3) Jika Pendaftar syarikat berpuas hati bahawa nama baharu itu mematuhi peruntukan Akta Syarikat 2016 ini dan setelah fi yang ditetapkan dibayar, Pendaftar hendaklah-
    (a) Mencatatkan nama baharu syarikat itu dalam daftar bagi menggantikan namanya yang terdahulu; dan
    (b) Mengeluarkan suatu notis pendaftaran bagi nama baharu itu.
    (4) Pertukaran nama suatu syarikat hendaklah berkuat kuasa dari tarikh notis pendaftaran bagi nama baharu itu dikeluarkan.
    (5) Pertukaran nama sesuatu syarikat tidaklah-
    (a) Menjejaskan hak atau obligasi syarikat itu; dan
    (b) Mencacatkan apa-apa prosiding undang-undang oleh atau terhadap syarikat itu.
    (6) Apa-apa prosiding yang boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap suatu syarikat atas namanya yang dahulu boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadapnya, atas namanya yang baharu.
    (7) Jika penggulungan suatu syarikat bermula dalam masa satu tahun selepas syarikat itu menukarkan namanya, namanya yang dahulu dan nama sedia ada syarikat itu hendaklah terdapat pada semua notis dan iklan berhubung dengan penggulungan itu.
    (8) Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar kehendak di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apa bila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.
  • Apakah harus syarikat lakukan selepas nama syarikat ditukar nama?
    Selepas nama syarikat ditukarkan dengan sempurna oleh SSM, Pihak syarikat perlu meletakkan nama barunya dan nama lamanya dengan perkataan dikenali sebelum ini untuk tempoh setahun dari tarikh nama baru diluluskan.
    Seksyen 30 (4) Akta Syarikat 2016
    (4) Bagi maksud subseksyen (2), jika suatu syarikat menukarkan namanya dibawah seksyen 28 atau 29, nama syarikat itu yang dahulu hendaklah terdapat dibawah nama berdaftarnya sekarang bagi tempoh tidak kurang daripada dua belas bulan dari tarikh penukaran itu.
    Contoh;-
    Bayu Selasih Sdn Bhd (dahulunya dikenali sebagai) Teraju Berjaya Sdn Bhd.
    Pengarah perlu memaklumkan pada Pihak Bank dan semua Agensi yang berkaitan dengan syarikat serta para pelanggan tentang status terkini dimana nama syarikat telah ditukar dan membuat semua dokumentasi syarikat seperti kepala surat, buku resit, inbois dan lai-lain yang berkaitan.
  • Dimanakan nama syarikat perlu dipamerkan?
    Selepas syarikat didaftarkan dengan sempurna atau nama syarikat telah bertukar, Pihak syarikat perlu meletakkan nama syarikat barunya atau jika nama syarikat telah bertukar maka nama baru dan lamanya perlu dipamirkan dengan meletakkan perkataan (dahulu dikenali sebagai) untuk tempoh setahun dari tarikh nama baru itu diluluskan.
    Setiap pengarah dan pegawai syarikat hendaklah mengambil berat untuk mematuhi Akta Syarikat 2016 berkaitan mempamerkan nama syarikat dan memiliki alamat pejabat berdaftarnya di Malaysia.Sila baca maklumat yang diberi dibawah.
    Berikut adalah petikan dari Seksyen 30 Akta Syarikat 2016 yang menerangkan perkara yang perlu dilakukan selepas pertukaran nama syarikat dilakukan.
    Sesuatu syarikat hendaklah mempamerkan nama berdaftarnya dan nombor pendaftaran syarikat di-
    (a) pejabat berdaftarnya;
    (b) tiap-tiap tempat di mana perniagaannya dijalankan; dan
    (c) tiap-tiap tempat di mana bukunya disimpan
    (2) Sesuatu syarikat hendaklah menzahirkan nama berdaftarnya dan nombor pendaftaran syarikat pada-
    (a) surat perniagaannya, notis dan penerbitan rasmi yang lain, termasuklah dalam bentuk elektronik;
    (b) laman sesawangnya;
    (c) bil pertukaran, nota janji hutang, endorsmen dan borang pesanannya;
    (d) cek yang berupa ditandatangani oleh atau bagi pihak syarikat;
    (e) inbois pesanan dan tuntutan lain bagi pembyaran, resit dan surat kredit yang berupa dikeluarkan atau ditandatangani oleh atau bagi pihak syarikat; dan
    (f) semua bentuk lain surat-menyurat dan dokumentasi perniagaannya.
    (3) Pendaftar hendaklah menentukan cara sesuatu nama berdaftar dipamerkan atau dizahirkan oleh sesuatu syarikat.
    (4) Bagi maksud subseksyen (2), jika suatu syarikat menukarkan namanya dibawah seksyen 28 atau 29, nama syarikat itu yang dahulu hendaklah terdapat dibawah nama berdaftarnya sekarang bagi tempoh tidak kurang daripada dua belas bulan dari tarikh pemnukaran itu.
    (5) Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.
  • Adakah Firma anda menawarkan sekali perkhidmatan pejabat berdaftar selepas syarikat didaftarkan?
    Ya, Apabila syarikat anda didaftarkan dibawah Firma Setiausaha Syarikat kami secara otomatik Firma kami akan bertindak sebagai pejabat berdaftar syarikat anda.
  • Bagaimana saya nak melantik setiausaha syarikat anda jika saya bercadang untuk mendaftar sendiri syarikat saya di SSM?
    Anda boleh melantik setiausaha syarikat kami dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh syarikat anda didaftarkan di SSM dengan memberi kami dokumen syarikat anda kepada kami untuk tindakan kami menyerah simpan dokumen perlantikan setiausaha syarikat kami.
  • Bagaimana saya nak meletakkan jawatan setiausaha syarikat saya dan melantik setiausaha syarikat anda?
    Lembaga pengarah perlu memberi surat perletakkan jawatan kepada setiausaha syarikat sedia ada dan setiausaha syarikat anda perlu mengeluarkan surat perletakkan jawatannya dan memberi kepada anda sebagai bukti bahawa beliau bersetuju untuk meletakkan jawatan beliau. Pastikan setiausaha syarikat anda mengemaskini dokumen syarikat dan menyerahkan fail serta buku berkanun syarikat kepada anda untuk anda serahkan kepada setiausaha syarikat kami.
    Serah simpan dokumen berkaitan perlantikan jawatan dan perletakkan jawatan setiausaha syarikat boleh dilakukan sama ada oleh setiausaha syarikat lama anda atau setiausaha syarikat baru dan bayaran serah simpan dokumen berkaitan perlu dibuat oleh pihak syarikat.
  • Adakah yuran setiausaha syarikat akan dikembalikan jika saya menamatkan perkhidmatan setiausaha syarikat anda tidak sampai satu tahun dari tarikh syarikat saya didaftarkan?
    Yuran setiausaha syarikat tidak akan dikembalikan.
  • Berapa lamakah syarikat boleh meneruskan urusniaga jika setiausaha syarikat meletakan jawatan atau pengarah meletakan jawatan beliau?
    Syarikat boleh meneruskan urusniaga tanpa setiausaha syarikat untuk tempoh tidak melebihi tiga puluh hari.
  • Dalam tempoh berapa lamakah pengarah syarikat perlu melantik setiausaha syarikat selepas setiausaha syarikat lamanya meletak jawatan?
    Pengarah perlu mencari dan melantik setiausaha syarikat baru untuk mengantikan setiausaha syarikat lamanya dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh surat peletakan jawatan setiausaha syarikat dikeluarkan.
    Dalam seksyen 240 Akta Syarikat menyatakan bahawa:-
    Jawatan setiausaha syarikat tidak boleh dibiarkan kosong selama tempoh yang lebih daripada tiga puluh hari pada satu-satu masa.
  • Perlukah syarikat saya menyerahkan penyata tahunan dan penyata kewangan yang telah diaudit meskipun syarikat saya langsung tidak beroperasi?
    Ya, setiap syarikat perlu menyerahsimpan penyata tahunan dan juga akaun yang telah diaudit ke SSM setiap tahun meskipun syarikat tidak beroperasi sama sekali.

    PENYATA TAHUNAN SYARIKAT – Terkandung didalam Seksyen 68 Akta Syarikat 2016

    Penyata tahunan ertinya penyata yang dikehendaki supaya diserah simpan di bawah seksyen 68, termasuk apa-apa dokumen yang disertakan dengan penyata itu.
    Seksyen 68 – Kewajipan untuk menyerah simpan penyata tahunan –
    (1) Sesuatu syarikat hendaklah menyerah simpan dengan Pendaftar suatu penyata tahunan bagi setiap tahun kalendar tidak lewat daripada tiga puluh hari dari tarikh ulang tahun pemerbadanannya.
    (2) Kehendak di bawah subseksyen (1) tidak terpakai bagi suatu syarikat yand dalam tahun calendar itu syarikat itu diperbadankan.
    (3) Penyata tahunan suatu syarikat hendaklah mengandungi butir-butir berikut:
    (a) Alamat pejabat berdaftarnya;
    (b) Jenis perniagaannya;
    (c) alamat tempat di mana perniagaannya dijalankan termasuklah cawangan, jika ada;
    (d) alamat yang daftar anggotanya disimpan, jika tidak disimpan di pejabat berdaftar;
    (e) alamat yang rekod kewangannya disimpan, jika tidak disimpan di pejabat berdaftar;
    (f) dalam hal suatu syarikat yang mempunyai modal syer, ringkasan struktur pemegangan syernya, termasuklah debenture;
    (g) amaun keseluruhan keterhutangannya;
    (h) butir-butir pengarah, pengurus, setiausaha dan juruaudit;
    (i) senarai anggotanya; dan
    (j) apa-apa maklumat lain yang dikehendaki oleh Pendaftar.
    (4) Pendaftar hendaklah mempunyai kuasa untuk menentukan bentuk dan cara penyata tahunan itu diserah simpan.
    (5) Penyata tahunan itu hendaklah ditandatangani oleh seorang pengarah atau setiausaha syarikat.
    (6) Jika butir-butir yang dikehendaki di bawah subseksyen (3) tidak berubah dengan penyata tahunan terakhir sebelumnya, syarikat hendaklah dibenarkan untuk menyerah simpan suatu pernyataan yang ditandatangani oleh pengarah atau setiausaha yang memperakukan bahawa tiada perubahan dalam apa-apa perkara yang dnyatakan dengan tahun sebelumnya.
    (7) Suatu syarikat awam yang mempunyai lebih daripada lima ratus anggota dan memberi peluang dan memberi peluang dan kemudahan yang munasabah untuk seseorang memeriksa dan mengambil salinan daripada senarai anggotanya dan butir-butir syernya yang dipindahkan milik tidak perlu mematuhi kehendak di bawah perenggan (3)(i) jika dimasukkan kedalam penyata tahunan-
    (a) Suatu perakuan oleh setiausaha syarikat bahawa syarikat itu adalah daripada jenis yang subseksyen ini terpakai; dan
    (b) Suatu senarai yang menunjukkan butir-butir yang ditetapkan bagi dua puluh pemegang saham terbesar setiap kelas syer ekuiti.
    (8) Pendaftar boleh mengeluarkan sesuatu syarikat daripada daftar yang diperuntukkan dalam seksyen 549, jika syarikat itu gagal untuk menyerah simpan penyata tahunan bagi tiga tahun atau lebih berturut-turut.
    (9) Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

    MENYEDIAKAN PENYATA KEWANGAN –Seksyen 248 Akta Syarikat 2016.

    (1) Pengarah tiap-tiap syarikat hendaklah menyediakan penyata kewangan-
    (a) dalam masa lapan belas bulan dari tarikh pemerbadanannya; dan
    (b) berikutnya, dalam masa enam bulan dari tahun kewangannya berakhir.
    (2) Penyata kewangan yang disebut dalam subsekyen (1) hendaklah diaudit sewajarnya sebelum penyata kewangan itu dihantar kepada tiap-tiap anggota dibawah seksyen 257 atau, dalam hal suatu syarikat awam, dihantar kepada tiap-tiap anggota di bawah seksyen 257 dan dibentangkan di hadapan mesyuarat agung tahunan di bawah seksyen 340.
    (3) Mana-mana pengarah syarikat yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

MAKLUMAT BERKAITAN PAKEJ LENGKAP UNTUK  PENDAFTARAN SYARIKAT BARU – RM2920.00

Nota: Harga pendaftaran syarikat baru yang kami tawarkan meliputi pakej lengkap seperti berikut:-

Termasuk 1 permohonan carian nama syarikat secara percuma.

Termasuk Yuran Setiausaha Syarikat sebanyak RM 720.00 setahun.

Termasuk 5 set dokumen Syarikat seperti berikut:-,
5 set seksyen 14 (Disahkan oleh Setiausaha Syarikat)
5 set seksyen 15 (Disahkan oleh Setiausaha Syarikat)
5 set seksyen 17 (Disahkan oleh Setiausaha Syarikat)
5 set seksyen 51 (Disahkan oleh Setiausaha Syarikat)
5 set seksyen 58 (Disahkan oleh Setiausaha Syarikat)

Termasuk Resolusi pembukaan bank akaun syarikat ( Disahkan oleh Setiausaha Syarikat)

Termasuk 1 cop getah bagi tujuan pembukaan akaun semasa syarikat.

Termasuk Buku berkanun seperti berikut:
Buku daftar ahli
Buku daftar pengarah,pengurus dan setiausaha
Buku daftar pemegang debentur
Buku minit mesyuarat lembaga pengarah syarikat dan setiausaha
Buku sijil saham syarikat.
Cop mohor syarikat.

MAKLUMAT PEMBAYARAN

Pilihan Bayaran : Tunai, Bank Draf,Cek, Kiriman Wang,Arahan Pemindahan (PBBEMYKL)
Nama Bank : Public Bank Berhad
Bayar : DM Corporate Holding (M) Sdn.Bhd
No Akaun :3811766201

Nota:-

Kami menawarkan pakej lengkap bagi setiap pendaftaran syarikat baru tanpa bayaran tersembunyi yang akan dikenakan.Pakej lengkap kami membolehkan anda berurus niaga serta merta selepas syarikat anda didaftarkan sepenuhnya di Suruhanjaya Syarikat Malaysia.Kami memastikan anda mendapat harga yang amat berpatutan.Sila rujuk dengan pegawai pendaftaran kami bagi untuk mendapatkan keterangan lanjut di 019-3260345 / 019-3698122 untuk mengelakkan kerugian.

Untuk segala pertanyaan berkaitan pendaftaran syarikat baru dan urusan yang berkaitan pendaftaran syarikat baru anda diminta untuk menghubungi pegawai kami di 019-3260345 (Saedah Binti Saidin) atau 019-3698122 (Mohd Daud Bin Abdul Raman Setiausaha Syarikat).

Selanjutnya
MAKLUMAT BERKAITAN SYARAT UNTUK MENUBUHKAN SYARIKAT

Maklumat yang diperlukan bagi tujuan membuat pendaftaran syarikat baru seperti berikut:-

  1. Nama cadangan untuk dipohon sebagai nama syarikat
  2. 3 aktiviti utama perniagaan syarikat
  3. Jumlah modal syer untuk syarikat memulakan perniagaan.- wajib
  4. Peratusan yang akan dipegang oleh setiap ahli pemegang saham.- wajib
  5. Nama bank serta alamat dimana akaun syarikat akan dibuka.
  6. Nama penuh serta No Kad Pengenalan bagi setiap penandatangan cek syarikat.
  7. Salinan Kad Pengenalan setiap ahli syarikat iaitu Lembaga Pengarah Syarikat serta Pemegang Saham – wajib
  8. Alamat kediaman terkini dan mestilah berada di Malaysia – wajib
  9. Alamat utama perniagaan dan cawangan. – wajib
  10. No telepon dan juga no telepon bimbit serta alamat e.mail setiap ahli syarikat.
  11. Melantik seorang setiausaha syarikat – wajib
  12. Pembayaran untuk penubuhan syarikat ke akaun DM Corporate Holding (M) Sdn Bhd di Public Bank Berhad 3811766201

Pihak pengarah dan pemegang saham digalakkan membuat perjumpaan dengan setiausaha syarikat atau wakil yang dilantik bagi tujuan menandatangani dokumen pendaftaran syarikat bagi megelakkan jenayah salah laku meniru tandatangan.

Proses tindakan selanjutnya akan dilakukan selepas pihak kami menerima salinan kad pengenalan dan semua maklumat seperti yang dikehendaki seperti diatas. Anda boleh e.mail ke dmcorporatesb@gmail.com atau fax ke 03-27702527

PERINGATAN

Perhatian: Perubahan alamat perlu dimaklumkan pada setiausaha syarikat untuk membolehkan beliau mengemaskini data ahli syarikat di pengkalan portal Suruhanjaya Syarikat Malaysia.Menjadi kesalahan jika perubahan tidak dikemaskini.Jika ahli syarikat gagal mematuhi akta maka ia telah membuat peryataan palsu sehingga boleh didenda tidak melebihi RM 3 Juta atau boleh penjara tidak melibihi 10 tahun.

Kesilapan serta kecuaian pelanggan semasa sama ada dari segi ejaan atau no kad pengenalan dan lain-lain maklumat seperti yang diminta akan mengakibatkan penambahan kos dan peningkatan kos akan ditanggung sepenuhnya oleh Pihak pelanggan.

Perkhidmatan pos laju atau courier hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh pemohon.

Selanjutnya
ALAMAT PEJABAT BERDAFTAR DAN WAKTU PEJABAT

Sekyen yang mewajibkan setiap syarikat mempunyai alamat pejabat berdaftarnya di malaysia – (Seksyen 46 Akta Syarikat 2016)

Sesuatu syarikat hendaklah pada setiap masa mempunyai suatu pejabat berdaftar di Malaysia yang kepadanya semua bentuk komunikasi dan notis boleh ditujukan.

Pejabat Berdaftar itu hendaklah dibuka dan boleh diakses oleh orang awam pada waktu biasa perniagaan.

Pejabat hendaklah diberitahu tentang apa-apa pertukaran alamat berdaftar dalam masa empat belas hari dari pertukaran itu.

Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.

Selanjutnya
DOKUMEN SYARIKAT DISIMPAN DI PEJABAT BERDAFTAR SYARIKAT

Sekyen yang mewajibkan setiap syarikat menyimpan dokumen di alamat pejabat berdaftarnya di malaysia – (Seksyen 47 Akta Syarikat 2016)

(1) sesuatu syarikat hendaklah menyimpan dipejabat berdaftarnya:-

(a) notis pendaftaran syarikat yang dikeluarkan dibawah seksyen 15;

(b) perlembagaan syarikat, jika ada

(c) perakuan yang diberikan dibawah Akta ini atau undang-undang bertulis terdahulu yang bersamaan, jika ada;

(d) semua daftar, buku, rekod dan dokumen sebagaimana yang dikehendaki dibawah Akta ini;

(e) minit semua mesyuarat anggota dan ketetapan anggota;

(f) minit semua mesyuarat dan ketetapan Lembaga dan jawatankuasa Lembaga;

(g) salinan semua komunikasi bertulis kerpada semua anggota atau semua pemegang syer daripada kelas yang sama;

(h) salinan semua penyata kewangan dan penyata kewangan berkumpulan;

(i) rekod perakaunan syarikat yang dikehendaki dibawah seksyen 245;

(j) salinan semua surat cara yang mewujudkan atau menjadi keterangan gadaian sebagaimana yang dikehendaki dibawah seksyen 357; dan

(k) apa-apa dokumen lain yang dikehendaki disimpan oleh Pendaftar Syarikat.

(2) Apa-apa dokumen yang disebut dalam subseksyen (1), selain dokumen yang disebut dalam perengan (1)(f), boleh disimpan ditempat selain di pejabat berdaftar syarikat itu dengan syarat notis mengenainya telah diberikan kepada Pendaftar.

(3) Syarikat itu hendaklah memberitahu Pendaftar apa-apa pertukaran alamat tempat yang disebutkan dalam subseksyen (1) dan (2) dalam masa empat belas hari dari tarikh pertukaran itu.

(4) Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Selanjutnya

PENYEWAAN ALAMAT PEJABAT BERDAFTAR SYARIKAT.

Ambil Perhatian

Pejabat berdaftar adalah salah satu perkhidmatan yang ditawarkan oleh Firma Setiausaha Syarikat kami bagi memenuhi kriteria yang diwajibkan oleh Akta Syarikat 2016 untuk setiap syarikat yang berdaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan ianya berfungsi sebagai alamat pejabat berdaftar serta pejabat berdaftar untuk penyerahan, penerimaan dan penyimpanan dokumen-dokumen berkanun syarikat setelah diserah simpan ke SSM , LHDN dan lain-lain agensi kerajaan dari masa kesemasa..

Yuran sewaan alamat berdaftar dan pejabat berdaftar syarikat ialah sebanyak RM 60.00 sebulan bersamaan RM 720.00 setahun dan perlu dibayar oleh syarikat setelah inbois dikeluarkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh inbois.

Firma Setiausaha Syarikat kami berhak untuk menamatkan perkhidmatan penyewaan alamat berdaftar dan pengunaan pejabat berdaftar dengan syarikat yang gagal membuat bayaran seperti yang diminta.

top