Tentang Kami - Perkhidmatan Pendaftaran Syarikat Dan Setiausaha Syarikat Berlesen Di Malaysia
DM Corporate Holding (M) Sdn Bhd adalah firma bertauliah yang menyediakan setiausaha syarikat profesional yang menyediakan perkhidmatan pendaftaran syarikat (Sdn Bhd) secara pantas serta efisien melalui sistem CRS (Sistem Pendaftaran Korporat). Sebagai rakan korporat anda, kami memastikan setiap langkah penubuhan mematuhi Akta Syarikat 2016 dengan ketelusan sepenuhnya.”
“Bina asas perniagaan yang kukuh dengan rundingan profesional kami. Oleh itu kami membantu anda menentukan pembahagian saham dan struktur pemilikan yang tepat bagi mengelakkan kerugian di masa hadapan.”
misi
Membantu para usahawan merealisasikan impian membina perniagaan yang sah dan berdaya saing, sama ada dalam industri perkhidmatan mahupun pembuatan produk. Kami komited menyediakan proses pendaftaran syarikat yang telus, pantas, dan mematuhi sepenuhnya semua garis panduan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
visi
Kami komited untuk mempermudah urusan pendaftaran perniagaan anda melalui penyampaian perkhidmatan yang cekap, pantas, dan mudah diakses. Fokus kami adalah terus berinovasi dalam menyediakan sokongan korporat yang komprehensif, sekaligus memacu pertumbuhan syarikat baharu untuk bersaing maju di pasaran dinamik.
Laman web ini dibina khusus untuk menyediakan perkhidmatan setiausaha syarikat kepada individu, usahawan tempatan, dan pelabur asing yang ingin menubuhkan syarikat di Malaysia. Dikendalikan sepenuhnya oleh Setiausaha Syarikat berlesen dan berdaftar dengan SSM, kami memastikan pendaftaran entiti perniagaan anda adalah sah di sisi undang-undang serta mematuhi Akta Syarikat 2016. Hubungi kami hari ini untuk mendapatkan khidmat nasihat, bimbingan, dan konsultasi profesional bagi memulakan empayar perniagaan anda.
Setiausaha Syarikat adalah tulang belakang utama sesebuah syarikat yang bertanggungjawab memastikan entiti perniagaan anda wujud secara sah di sisi undang-undang. Berpengalaman luas sejak tahun 1999, kami sedia menguruskan pematuhan korporat anda dari semasa ke semasa agar syarikat sentiasa dikemas kini mengikut peraturan SSM terkini. Ingat, Akta Syarikat 2016 menetapkan pelantikan sekurang-kurangnya seorang Setiausaha Syarikat wajib disempurnakan dalam masa 30 hari selepas tarikh pemerbadanan.
Setiausaha Syarikat bertanggungjawab sepenuhnya dalam menyediakan dokumen berkanun serta mengurus urus tadbir kesetiausahaan syarikat mengikut garis panduan ketat yang termaktub di bawah Akta Syarikat 2016. Di samping itu, kami bertindak menguruskan serah simpan dokumen berkanun secara berkala di Pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Langkah statutory ini amat kritikal bagi memastikan entiti perniagaan anda sentiasa mematuhi kehendak perundangan, sekaligus mendapat pengiktirafan rasmi daripada pihak kerajaan mahupun sektor swasta.
Di luar skop kesetiausahaan, kami juga menyediakan khidmat sokongan menyeluruh merangkumi pengurusan data, sistem transaksi perakaunan, audit, serta pematuhan cukai bagi entiti syarikat mahupun individu. Selain itu, kami pakar dalam membantu syarikat anda menguruskan permohonan lesen rasmi daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Pasukan kami sedia membimbing anda memahami setiap faktor kritikal perundangan demi memastikan kepentingan urusan perniagaan anda sentiasa terjamin, selamat, dan beroperasi dengan lancar.
Sebelum memulakan langkah perniagaan, dapatkan khidmat nasihat dan kepakaran daripada konsultan kami melalui sesi bimbingan asas perundangan syarikat dengan pelaburan hanya RM500.00. Bersama firma kami, urusan pendaftaran syarikat kini boleh diselesaikan dengan mudah dari mana-mana sahaja anda berada. Realisasikan impian perniagaan anda melalui www.registercompany.com.my sekarang, dan jadikan kami rakan kongsi serta pintu gerbang rasmi penubuhan syarikat anda di Malaysia.
Firma Pendaftaran Syarikat Utama Anda Di Malaysia
Memulakan perniagaan tidak sepatutnya menjadi bebanan birokrasi buat anda. Sebagai firma penasihat korporat yang dipercayai, kami sedia mempermudah setiap fasa penubuhan syarikat anda melalui ekosistem digital yang telus, pantas, dan patuh sepenuhnya di bawah Akta Syarikat 2016
Dapatkan khidmat nasihat pakar mengenai struktur saham, pemilihan nama, dan pematuhan undang-undang sebelum anda memulakan perniagaan.
Kami mengamalkan polisi harga bersih (nett). Tiada sebarang kos tersembunyi, yuran gimik, atau kejutan caj di pertengahan jalan.
Setiap urusan dokumentasi anda dikendalikan sepenuhnya oleh Setiausaha Syarikat berlesen yang sah di bawah Akta Syarikat 2016.
Urusan pendaftaran syarikat diproses secara langsung ke sistem pendaftaran korporat terbaharu tanpa melalui pihak ketiga, menjamin kelulusan yang jauh lebih pantas.
Setiausaha Syarikat ialah pegawai undang-undang syarikat yang sah. Di bawah Akta Syarikat 2016, setiap syarikat yang diperbadankan di Malaysia wajib mematuhi syarat berikut:
Wajib mempunyai sekurang-kurangnya seorang Setiausaha Syarikat bertauliah yang merupakan seorang individu, warganegara atau pemastautin tetap di Malaysia, serta telah mencapai umur matang.
Setiausaha Syarikat yang dilantik mesti mengemukakan surat kebenaran bertindak secara rasmi sebelum sebarang pelantikan sah dikuatkuasakan.
Lembaga Pengarah memegang kuasa sepenuhnya untuk melantik setiausaha serta menetapkan segala terma, syarat, dan nilai imbuhan pelantikan tersebut.
Jawatan atau pejabat Setiausaha Syarikat tidak boleh dibiarkan kosong bagi tempoh melebihi 30 hari secara berturut-turut.
TERMA HURAIAN
Dinamik, bermakna berkaitan dengan tenaga atau tindakan yang berkesan; bersungguh-sungguh aktif atau kuat; dan bertenaga.
Momentum, secara saintifiknya bermakna kekuatan atau kelajuan pergerakan; dorongan, sebagai objek fizikal dan pada umumnya memberi makna kuasa memandu untuk mencapai matlamat kami.
Biru menenangkan. Ia boleh menjadi kuat dan teguh atau ringan dan mesra termasuk keharmonian, kesetiaan, keyakinan, jarak, infiniti, imaginasi dan sejuk
Putih adalah lambang kesucian dan kebersihan. Kami amat prihatin terhadap pelanggan kami dan berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik dan bersih.