Pengenalan
Bagi mereka yang ingin memiliki syarikat dengan kadar segera boleh membuat keputusan untuk membeli syarikat tersedia dimana syarikat tersedia ini telah didaftarkan sepenuhnya mengikut Akta Syarikat 2016. Syarikat tersedia ini juga merangkumi perlantikan setiausaha syarikat.
Syarikat tersedia yang berada didalam senarai untuk dijual adalah syarikat yang baru sahaja didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan syarikat yang tersenarai ini tidak pernah menjalankan sebarang urusniaga. Permohonan untuk mendapatkan lesen atau permit yang berkaitan dengan aktiviti syarikat boleh dipohon selepas pindah hak milik selesai didaftarkan diatas penama baru.
Pembayaran untuk pembelian syarikat sebanyak RM 3220.00 kedalam akaun Firma Setiausaha Syarikat di Public Bank Berhad 3811766201 di atas nama DM Corporate Holding (M) Sdn Bhd.
Pihak pengarah dan pemegang saham digalakkan membuat perjumpaan dengan setiausaha syarikat atau wakil yang dilantik bagi tujuan menandatangani dokumen pengambilalihan syarikat bagi megelakkan jenayah salah laku meniru tandatangan.
Proses tindakan selanjutnya akan dilakukan selepas pihak kami menerima salinan kad pengenalan serta semua maklumat yang dikehendaki seperti tertera diatas. Anda boleh e.mail ke dmcorporatesb@gmail.com
Nama syarikat tersedia yang dibeli boleh diubah pada bila-bila masa dengan penambahan sebanyak RM 500.00.
Pihak kami meminta kerjasama dari anda untuk memberi Nama Penuh, No tel untuk dihubungi serta alamat E.Mail bagi membolehkan Pihak kami mengirimkan senarai syarikat yang terkini dan juga inbois.
Setelah anda memperolehi senarai maka anda perlu memilih sekurang-kurang 3 nama syarikat yang tersenarai mengikut keutamaan anda dan email kepada kami di sales@registercompany.com.my atau juga dmcorporatesb@gmail.com.
Jika syarikat yang hendak dibeli masih berada didalam simpanan kami maka pembayaran penuh sebanyak RM 3220.00 perlu dilakukan atau sekurang-kurangnya deposit bagi penempahan pembelian perlu dilakukan sebanyak RM 300.00 bagi setiap syarikat yang hendak dibeli.
Pembayaran perlu dibuat kedalam akaun Public Bank Berhad diatas nama DM Corporate Holding (M) Sdn Bhd (Akaun No : 381766201).Sila kirimkan bukti pembayaran.
Perlulah diketahui bahawa bayaran penuh diperlukan untuk membeli syarikat tersedia.
Jika didapati Pihak anda tidak membuat bayaran didalam tempoh 1 hari dari tarikh penempahan maka Pihak kami menganggap bahawa anda tidak mempunyai minat terhadap syarikat yang ditempah dan Pihak kami dengan ini berhak tanpa memberi sebarang notis peringatan untuk menjual atau memasukkan kembali nama syarikat kedalam senarai untuk dijual. Jika terdapat bayaran deposit dilakukan maka bayarn deposit tidak akan dikembalikan.
Ini kerana Pihak kami mengalami kerugian kerana tidak dapat menjual syarikat kepada mereka yang benar-benar berminat memandangkan kami terikat dengan perjanjian dengan Pihak anda.
Disini juga ingin kami memaklumkan setelah Pihak anda menandatangani dokumen perlantikan pengarah dan pemindahan saham dengan sempurna barulah dokumen syarikat akan diserahkan dan kebiasaannya ianya mengambil masa 1-3 hari berkerja kerana status kemasukan pengarah perlu diserah ke Pejabat SSM dan pemindahan saham perlu dilakukan di Lembaga Hasil Dalam Negeri terlebih dahulu.
Pihak SSM mengambil masa lebih kurang 2 ke 3 minggu dan juga boleh berlaku 1 bulan untuk mengemaskini data kedalam pengkalan sistem mereka dan setelah data dikemaskini dengan sempurna maka syarikat anda sudah layak untuk membuka akaun bank syarikat.
Pihak pengarah dan pemegang saham digalakkan membuat perjumpaan dengan setiausaha syarikat atau wakil yang dilantik bagi tujuan menandatangani dokumen ambil alih syarikat sedia ada bagi megelakkan jenayah salah laku.
Kedudukan ahli lembaga pengarah serta pemegang saham boleh dibuat sama ada dengan pemilikan penuh rakyat tempatan atau pemilikan penuh dikalangan warga negara asing. Pelantikan pengarah dan juga pemegang saham syarikat boleh juga dilakukan sama ada melalui perkongsian atau kerjasama pintar dikalangan rakyat tempatan dan asing.
Kesemua pengarah, pemegang saham sama ada penduduk tempatan atau asing serta setiausaha syarikat mesti mempunyai alamat tempat tinggal yang tetap di Malaysia.
Pengarah dan pemegang saham dikalangan individu yang sama dibolehkan atau pengarah dan pemegang saham secara berasingan juga dibolehkan.
Pelantikan pengarah,pemegang saham dan setiausaha syarikat merupakan syarat utama bagi tujuan pembelian syarikat tersedia.
Setiap syarikat yang ditubuhkan di Malaysia dimestikan mempunyai alamat pejabat berdaftarnya di Malaysia.
Diantara syarat untuk menjadi pengarah ialah:-
Berumur 18 tahun ke atas dan waras.
Tidak dikecualikan di bawah seksyen 198 Akta Syarikat, 2016;
Tidak disabitkan muflis
Tidak pernah didakwa di dalam atau di luar Malaysia atas sebarang kesalahan
(a) bukan seorang bankrap yang belum dilepaskan;
(b) telah disabitkan atas suatu kesalahan yang berhubungan dengan penganjuran, pembentukan atau pengurusan suatu perbadanan;
(c) telah disabitkan atas suatu kesalahan yang berhubungan dengan sogokan, fraud atau kecurangan;
(d) telah disabitkan atau suatu kesalahan dibawah seksyen 213, 217, 218, dan 539; atau
(e) telah dihilangkan kelayakan oleh Mahkamah dibawah seksyen 199.
(2) Hal keadaan yang disebut dalam perenggan (1)(a), (b), (c) dan (d) hendaklah terpakai bagi hal keadaan didalam Malaysia atau luar Malaysia.
(3) Walau apa pun subseksyen (1), seseorang yang telah dihilangkan kelayakan dibawah perenggan (1)(a) boleh dilantik atau memegang jawatan sebagai pengarah dengan keizinan;
(a) Pegawai Penerima; atau
(b) Mahkamah dengan syarat bahawa notis tentang niat untuk memohon keizinan telah disampaikan kepada Pegawai Penerima dan Pegawai Penerima telah didengar atas permohonan itu.
(4) Walau apa pun subseksyen 91), seseorang yang telah dihilangkan kelayakan di bawah perengan (1)(b), (c), (d) atau (e) boleh dilantik semula atau memegang jawatan sebagai pengarah dengan keizinan Mahkamah.
Buku berkanun syarikat diwajibkan di berada di pejabat berdaftar syarikat untuk tujuan mengemaskini darimasa kesemasa mengikut peruntukan Akta Syarikat,2016.
Menandatangani Resolusi pembukaan akaun syarikat
Penyerahan dokumen syarikat yang telah disahkan sepenuhnya oleh setiausaha syarikat akan diberi kepada pengarah syarikat bagi tujuan pembukaan bank akaun semasa syarikat dan bagi membolehkan syarikat memulakan urusniaga sepenuhnya didalam perniagaan yang ingin dijalankan.
Bagi membolehkan akaun semasa syarikat dibuka maka pihak syarikat perlu mempunyai pengenal dikalangan individu atau syarikat yang telah sedia ada mempunyai akaun semasa di bank yang sama seperti tertera di resolusi bagi membolehkan akaun semasa syarikat baru dibuka.
Kesemua pengarah syarikat perlu menandatangani resolusi dan kesemua penandatangan cek yang tercatit di resolusi wajib hadir di hadapan pegawai bank ketika permohonan dibuat berserta dokumen yang telah disahkan, cop getah serta wang deposit untuk membuka akaun semasa berserta kad pengenalan asal pengarah dan pemegang saham bagi warganegara dan pasport asal bagi warganegara asing..
Nota:Pengarah dan pemegang saham tak semestinya menjadi penandatangan cek syarikat dan penandatangan cek boleh dilantik dikalangan individu luaran yang tak terlibat langsung didalam jawatan pengarah dan sebagai pemegang saham.
perihal
Pengalaman dan kepakaran kami dalam bidang pendaftaran syarikat dan perkhidmatan kesetiausahaan syarikat bermula pada tahun 1999 dan ini membuatkan kami kekal dalam Industri ini sehingga ke hari ini.
www.registercompany.com.my merupakan pintu gerbang untuk anda mendaftarkan syarikat dan perniagaan di Malaysia. Hubungi kami untuk mendapatkan bantuan dan khidmat nasihat.
Firma Setiausaha Syarikat Di Malaysia
Firma kami menyediakan perkhidmatan Setiausaha Syarikat bagi membantu anda mendaftar syarikat baru atau anda boleh membeli syarikat yang sudah siap berdaftar sepenuhnya jika anda ingin menjalankan urusniaga dengan kadar segera.
© 2024 Register Company – Website Registered Owner. | All rights reserved – DM Corporate Holding (M) Sdn Bhd Co No : 201401027253 (1103339-U) Company And Business Registration Office In Malaysia | Certified Secretarial & Management Firm | MyCoID System Registered With Companies Commission MALAYSIA | Registered MyCoID with SSM | Approved Licensed Company Secretary in Malaysia | Perkhidmatan Pendaftaran Syarikat Dan Perniagaan Di Malaysia | Syarikat Tersedia Untuk Dijual | Pendaftaran Syarikat Baru di SSM | Firma Penubuhan Dan Pendaftaran Syarikat | Setiausaha Syarikat | Pejabat Pendaftaran Syarikat Dan Perniagaan Di Malaysia | Perkhidmatan Setiausaha Syarikat Berlesen Dari Suruhanjaya Syarikat Berlesen Di Malaysia | Incorporate Company & Company Secretary in Malaysia | Company Secretary Registered With Companies Commission MALAYSIA | Buy Readymade Company in Malaysia