Servis

Skop Kami

Perkhidmatan Kami

Perkhidmatan Setiausaha Syarikat

Firma DM Corporate Holding (M) Sdn Bhd menyediakan perkhidmatan pendaftaran syarikat dan kesetiausahaan syarikat di Malaysia. Firma kami mengalu-alukan mereka yang berminat untuk mendaftar syarikat di Malaysia sama ada dikalangan rakyat Malaysia atau warga asing.

PENDAFTARAN SYARIKAT BARU

Lantik Setiausaha Syarikat kami untuk mendaftarkan syarikat anda di Suruhanjaya Syarikat Malaysia serta melaksanakan semua tugas-tugas kesetiausahaan seperti yang termaktub didalam Akta Syarikat 2016. Setiausaha syarikat adalah individu penting yang menyediakan dokumen penubuhan syarikat anda dan memperbadankan syarikat anda secara sah. Setiap syarikat diwajibkan mempunyai sekurang-kurangnya seorang Setiausaha Syarikat dan juga alamat pejabat berdaftar di Malaysia.

SYARIKAT TERSEDIA UNTUK DIJUAL

Beli syarikat yang telah siap berdaftar sepenuhnya serta telah memperolehi No Pendaftaran Syarikat. Dapatkan senarai syarikat daripada kami jika anda ingin berurusniaga dengar kadar segera. Harga yang ditawarkan termasuk perlantikan Pengarah, Setiausaha Syarikat, pemindahan saham di Lembaga Hasil Dalam Negeri dan termasuk alamat pejabat berdaftar syarikat. Kami akan mengemaskini dokumen berkanun serta rekod syarikat anda di Suruhanjaya Syarikat Malaysia mengikut Akta Syarikat 2016.

Mencari Dan Melantik Setiausaha Syarikat

Perkhidmatan kesetiausahaan Syarikat oleh DM Corporate Holding (M) Sdn. Bhd. Firma pengurusan kami menyediakan alamat pejabat berdaftar kepada semua pelanggan kami selepas syarikat mereka diperbadankan sepenuhnya atau berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.Setiap syarikat wajib mempunyai sekurang-kurangnya seorang setiausaha syarikat dan wajib mempunyai alamat pejabat berdaftar syarikat di Malaysia.

Perkhidmatan Penutupan Syarikat Di Malaysia

Bagi syarikat yang tidak lagi beroperasi adalah dinasihatkan untuk membuat permohonan penutupan syarikat bagi mengelakan denda dikeluarkann keatas nama syarikat dan juga kepada Lembaga Pengarah diatas kesalahan tidak menyerah simpan dokumen berkanun seperti penyata tahunan dan akaun beraudit di Pendaftar Syarikat. Pengarah juga perlu mengambil berat untuk memastikan maklumat syarikat adalah betul dari masa kesemasa.

Permohonan Dan Pertukaran Nama Syarikat

Syarikat yang telah didaftarkan boleh membuat permohonan untuk pertukaran nama syarikat dengan membuat permohonan pencarian nama syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia melalui setiausaha syarikat yang dilantik. Jika didapati nama yang ingin dipohon itu belum didaftarkan maka surat kelulusan nama syarikat akan dikeluarkan oleh Pendaftar syarikat (SSM).

Alamat Pejabat Berdaftar Syarikat

Setiap syarikat yang didaftarkan di Malaysia perlu mempunyai alamat pejabat berdaftarnya untuk menyimpan dokumen-dokumen serta buku-buku berkanun syarikat dan fail syarikat. Pejabat berdaftar juga berperanan sebagai tempat berurusan diantara pengarah syarikat, pemegang saham syarikat, orang awam dengan setiausaha syarikat atau e.mail pertanyaan atau tempahan anda ke dmcorporatesb@gmail.com

Tempahan Cop Mohor & Buku Berkanun

Penempahan bagi membeli buku berkanun syarikat seperti buku minit, sijil saham syarikat, cop mohor syarikat serta buku daftar ahli yang menyimpan maklumat lembaga pengarah syarikat, pemegang saham syarikat, setiausaha syarikat, alamat berdaftar syarikat dan lain-lain maklumat boleh dibeli disini.

Sila hubungi kami atau e.mail pertanyaan dan tempahan anda ke dmcorporatesb@gmail.com

Perkhidmatan Perundingan Syarikat & Perniagaan

Dapatkan bimbingan dan khidmat nasihat perniagaan dari Setiausaha Syarikat kami. Anda akan didedahkan dengan pelbagai isu berkaitan syarikat dan perniagaan. Sesuai bagi mereka yang ingin menceburkan diri dalam perniagaan dan juga mereka yang telah menceburi bidang perniagaan. Sesi khidmat nasihat ini penting bagi meminima kesilapan dalam tadbir urus perniagaan yang boleh membawa kerugian besar jika tidak diketahui.

Permohonan Lesen Kementerian Kewangan- Perunding

Dapatkan Senarai Dokumen Perunding Syarikat Sdn Bhd atau Berhad yang diperlukan untuk membuat permohonan dan pendaftaran lesen dari Kementerian Kewangan bagi kategori perunding, Senarai Dokumen Perunding Persatuan, Pertubuhan dan Koperasi yang diperlukan untuk membuat permohonan, pendaftaran lesen dari Kementerian Kewangan bagi kategori perunding dan Senarai Kod Bidang Bekalan Dan Perkhidmatan.

Pemohonan Lesen Kementerian Kewangan-Pembekal

Dapatkan senarai dokumen perunding syarikat Sdn Bhd atau Berhad yang diperlukan untuk membuat permohonan dan pendaftaran lesen dari Kementerian Kewangan bagi kategori pembekal, Senarai Dokumen Perunding Persatuan, Pertubuhan dan Koperasi yang diperlukan untuk membuat permohonan dan pendaftaran lesen dari Kementerian Kewangan bagi kategori pembekal .