registercompany-homepage-3.jpg

Panduan Mendaftar Syarikat Baru

Maklumat Carian Nama Syarikat Yang Diperlukan.

Keperluan Untuk Pendaftaran Syarikat

Maklumat Pemohonan Pembukaan Syarikat Baru

Untuk membolehkan syarikat anda didaftarkan, sila kemukakan maklumat berikut:-

Perhatian: Setiap Pengarah dan pemegang saham hendaklah memberitahu setiausaha syarikat jika terdapat sebarang perubahan maklumat peribadi dan syarikat dari masa kesemasa untuk membolehkan Setiausaha Syarikat mengemas kini maklumat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Langkah 1: Prosedur Permohonan Carian Nama Syarikat

Mencipta sekurang-kurangnya 3 nama syarikat untuk tujuan permohonan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia sebelum proses pendaftaran syarikat sepenuhnya boleh dibuat.

Keputusan permohonan carian nama syarikat mengambil masa sekurang-kurangnya 1 – 3 hari bekerja selepas permohonan carian nama dibuat.

Membuat bayaran deposit carian nama sebanyak RM 200.00 untuk tujuan permohonan carian nama syarikat.

Jika nama syarikat yang dipohon gagal maka carian nama seterusnya boleh dilakukan dengan bayaran sebanyak RM 80.00 bagi setiap permohonan.

Memberi maksud terselindung disebalik nama yang dicadangkan jika ianya bukan didalam bahasa Melayu atau English Contoh:

Amcolians bermaksud singa besar didalam bahasa urdu.

AMC adalah singkatan seperti berikut A-Allied, M-Malaysian, C-Corporation.

Keputusan nama biasanya ada tiga kaedah seperti berikut:-

Tolak– Permohonan nama ditolak kerana menyerupai nama syarikat yang telah wujud serta mengelirukan.

Lulus– Permohonan nama diluluskan dan boleh digunakan untuk pendaftaran syarikat.

Kueri– Memerlukan permohonan nama yang dibuat dipinda terlebih dahulu sebelum kelulusan nama diberikan.

Perhatian : Bayaran tambahan sebanyak RM80.00 akan dikenakan untuk permohonan untuk carian nama baru syarikat.

Langkah 2: Prosedur Pendaftaran Syarikat Baru

Untuk menubuhkan Syarikat di Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya seorang Pengarah, Seorang Pemegang Saham, Seorang Setiausaha Syarikat.

Jika anda bercadang untuk mendaftar syarikat dengan seorang pengarah dan seorang pemegang saham maka maklumat waris diperlukan seperti salinan Kad Pengenalan, No tel atau HP, E.Mail, Alamat kediaman serta maklumat tambahan yang akan dimaklumkan kemudian.

Minima 3 jenis aktiviti utama syarikat perlu dihuraikan dengan jelas yang mana ianya merupakan objektif utama penubuhan syarikat. Maklumat tentang aktiviti utama perniagaan Syarikat akan tertera didalam dokumen Syarikat.

Pemegang Saham perlu memiliki sekurang-kurangnya 1 unit syer seorang dan perlu menandatangani borang seksyen 201.

Kedudukan ahli lembaga pengarah serta pemegang saham boleh dibuat sama ada dengan pemilikan penuh rakyat tempatan atau pemilikan penuh dikalangan warga negara asing.

Perlantikan pengarah dan juga pemegang saham syarikat boleh juga dilakukan sama ada melalui perkongsian atau kerjasama pintar dikalangan rakyat tempatan dan asing.

Pengarah dan pemegang saham dikalangan individu yang sama dibolehkan atau pengarah dan pemegang saham secara berasingan juga dibolehkan.

Perlantikan Pengarah dan Pemegang Saham serta Setiausaha Syarikat merupakan syarat utama untuk tujuan penubuhan syarikat anda.

Setiap syarikat yang ditubuhkan di Malaysia dimestikan mempunyai alamat pejabat berdaftarnya di Malaysia.

Diantara syarat untuk menjadi pengarah ialah:-

1. Berumur 18 tahun ke atas dan waras.

2. Tidak dikecualikan di bawah seksyen 198 Akta Syarikat, 2016;

3. Tidak disabitkan muflis

4. Tidak pernah didakwa di dalam atau di luar Malaysia atas sebarang kesalahan

(a) bukan seorang bankrap yang belum dilepaskan;

(b) telah disabitkan atas suatu kesalahan yang berhubungan dengan penganjuran, pembentukan atau pengurusan suatu perbadanan;

(c) telah disabitkan atas suatu kesalahan yang berhubungan dengan sogokan, fraud atau kecurangan;

(d) telah disabitkan atau suatu kesalahan dibawah seksyen 213, 217, 218, dan 539; atau

(e) telah dihilangkan kelayakan oleh Mahkamah dibawah seksyen 199.

(2) Hal keadaan yang disebut dalam perenggan (1)(a), (b), (c) dan (d) hendaklah terpakai bagi hal keadaan didalam Malaysia atau luar Malaysia.

(3) Walau apa pun subseksyen (1), seseorang yang telah dihilangkan kelayakan dibawah perenggan (1)(a) boleh dilantik atau memegang jawatan sebagai pengarah dengan keizinan;

(a) Pegawai Penerima; atau

(b) Mahkamah dengan syarat bahawa notis tentang niat untuk memohon keizinan telah disampaikan kepada Pegawai Penerima dan Pegawai Penerima telah didengar atas permohonan itu.

(4) Walau apa pun subseksyen 91), seseorang yang telah dihilangkan kelayakan di bawah perengan (1)(b), (c), (d) atau (e) boleh dilantik semula atau memegang jawatan sebagai pengarah dengan keizinan Mahkamah.

Maklumat berkanun syarikat diwajibkan di berada di pejabat berdaftar syarikat untuk tujuan mengemaskini dari masa kesemasa mengikut peruntukan Akta Syarikat 2016.

Proses perdaftaran sepenuhnya syarikat mengambil masa 5 ke 7 hari waktu berkerja selepas serahan dibuat dikaunter pendaftaran syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Nota:-

Setiausaha syarikat merupakan individu yang dilesenkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia bagi memastikan pengarah dan pemegang saham mengikut peruntukan Akta Syarikat, 2016 serta merupakan wakil bagi kedua belah Pihak diantara Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Syarikat yang ditubuhkan dibawahnya.

Langkah 3 : Memulakan Perniagaan Selepas Syarikat Didaftarkan

Menandatangani Resolusi pembukaan akaun syarikat

Dokumen syarikat yang telah disahkan oelh Setiausaha Syarikat akan diberikan kepada pengarah syarikat bagi tujuan pembukaan bank akaun semasa syarikat dan bagi membolehkan syarikat memulakan urusniaga sepenuhnya didalam perniagaan.

Bagi membolehkan akaun semasa syarikat dibuka maka pihak syarikat perlu mempunyai pengenal dikalangan individu atau syarikat yang telah sedia ada mempunyai akaun semasa di bank yang sama.

Kesemua pengarah syarikat perlu menandatangani resolusi dan kesemua penandatangan cek yang tercatit di resolusi wajib hadir di hadapan pegawai bank ketika permohonan dibuat berserta dokumen syarikat yang telah disahkan, cop getah serta wang deposit untuk membuka akaun semasa berserta kad pengenalan asal pengarah dan pemegang saham bagi Warganegara Malaysia dan pasport asal bagi Warganegara Asing.

Nota: Pengarah dan pemegang saham tak semestinya menjadi penandatangan cek syarikat dan penandatangan cek boleh dilantik dikalangan individu luaran yang tak terlibat langsung didalam jawatan pengarah dan sebagai pemegang saham.

Nota Penting:-
Anda dilarang sama sekali untuk menyalin maklumat atau data dari laman web ini dan tahukah anda bahawa ianya merupakan perbuatan tidak sopan dan sama sekali tidak bermoral. Pihak kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan menyaman Pihak yang tidak bertanggungjawap yang mengambil maklumat dan memaparkan data yang sama dan memindahkan maklumat serta data kami ke dalam laman web anda kerana masa yang banyak telah kami peruntukan untuk membuat informasi dan ianya boleh mengelirukan pelawat yang melawati laman web kami.

Membuka Akaun Bank Semasa Syarikat

Nota: Syarikat perlu mendapatkan pengesahan daripada individu atau syarikat yang mempunyai akaun semasa di mana akaun syarikat akan dibuka dan pengenal berfungsi untuk memperkenalkan syarikat anda kepada Bank tempat akaun syarikat itu akan dibuka.