Tentang Kami - Perkhidmatan Pendaftaran Syarikat Dan Setiausaha Syarikat Berlesen Di Malaysia
Selamat datang ke Laman Web Daftar Syarikat, Firma Setiausaha Syarikat kami bertindak untuk membantu anda untuk menguruskan pendaftaran syarikat anda melalui Setiausaha Syarikat Berlesen dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (CCM) seperti yang tertakluk di bawah Akta Syarikat 2016 tidak kira walau di mana anda berada.
Kami berdaftar sebagai Firma Setiausaha Syarikat yang diiktiraf dan mempunyai kuasa untuk mengakses sistem MyCoID di Malaysia di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Kami juga menawarkan perkhidmatan sokongan korporat seperti khidmat nasihat dan rundingan bagi membantu syarikat anda.
Dapatkan khidmat nasihat dari kami sebelum anda memulakan perniagaan kerana ianya dapat mengelakkan anda dari melakukan kesilapan dan menanggung kerugian yang tak di ingini.
misi
Bagi merealisasikan impian menceburi bidang perniagaan sama ada dalam industri perkhidmatan mahupun industri jualan produk. Fungsi utama kami adalah untuk mendaftarkan syarikat anda secara sah bagi membolehkan impian anda menjadi kenyataan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia
visi
Kami komited untuk memudahkan proses pendaftaran perniagaan, menjadikannya lebih mudah diakses dan cekap. Matlamat kami adalah untuk terus berinovasi dan menyediakan perkhidmatan sokongan yang komprehensif, membantu perniagaan baharu berkembang maju dalam pasaran yang sentiasa berkembang.
Laman web ini telah diwujudkan khusus untuk menawarkan perkhidmatan kesetiausahaan syarikat kepada mana-mana individu atau bakal usahawan sama ada dikalangan warganegara Malaysia atau warganegara Asing yang ingin menubuhkan syarikat di Malaysia. Setiausaha Syarikat kami berlesen dan berdaftar dibawah Suruhanjaya Syarikat MALAYSIA (SSM). Anda boleh melantik setiausaha syarikat kami untuk membantu anda menyempurnakan pendaftaran syarikat anda secara sah disisi undang-undang seperti yang termaktub didalam Akta Syarikat 2016. Anda juga boleh mendapat asas bimbingan dan khidmat nasihat serta konsultansi dari Setiausaha Syarikat kami tentang selok belok perniagaan.
Secara amnya setiausaha syarikat merupakan individu yang amat penting bagi sesebuah syarikat dan ianya merupakan tulang belakang sesebuah syarikat. Setiausaha Syarikat kami berpengalaman semenjak dari tahun 1999 sehingga kini. Setiausaha Syarikat adalah Individu yang menjadi penyebab untuk mewujudkan syarikat anda dengan sah disisi undang-undang dan khidmatnya sentiasa diperlukan dari masa kesemasa bagi memastikan syarikat sentiasa dikemaskini dari masa kesemasa. Perlu diingatkan bahawa anda perlu melantik sekurang-kurangnya seorang setiausaha syarikat dalam masa 30 hari selepas sahaja syarikat anda diperbadankan sepenuhnya dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Setiausaha syarikat bertanggungjawap untuk menyediakan dokumen berkanun serta mengurus tadbir kerja-kerja kesetiausahaan syarikat mengikut garis panduan yang telah ditetapkan seperti yang termaktub didalam Akta Syarikat 2016. Disamping itu setiausaha syarikat juga bertindak untuk menyerah simpan dokumen-dokumen berkanun dari masa kesemasa di Pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk memenuhi kehendak perundangan syarikat bagi memastikan urusan perniagaan anda diiktiraf oleh Pihak Kerajaan dan juga Pihak Swasta.
Anda juga boleh mendapatkan khidmat bantuan dari kami untuk memasukkan data serta menguruskan sistem transaksi perakaunan, audit termasuk juga percukaian syarikat serta individu. Disamping itu juga kami menawarkan perkhidmatan untuk membantu syarikat anda membuat permohonan bagi mendapatkan lesen daripada Kementerian Kewangan. Banyak faktor yang terlibat dan perlu diambil tahu oleh anda bagi memastikan urusniaga serta kepentingan perniagaan anda terjamin dan selamat serta berjalan dengan lancar.
Anda dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat nasihat serta kepakaran daripada konsultan kami sebelum memulakan perniagaan anda dengan kos RM500.00 dan anda akan didedahkan tentang asas serta selok belok perniagaan mengikut perundangan syarikat. Urusan pendaftaran syarikat boleh dilakukan melalui Firma kami meskipun dimana sahaja anda berada.
Bangunkan impian perniagaan anda melalui laman web www.daftarsyarikat.com.my sekarang serta jadikan Firma Setiausaha Syarikat kami sebagai pintu gerbang pendaftaran syarikat serta perniagaan anda di Malaysia.
Firma Pendaftaran Syarikat Anda Di Malaysia
TERMA HURAIAN
Dinamik, bermakna berkaitan dengan tenaga atau tindakan yang berkesan; bersungguh-sungguh aktif atau kuat; dan bertenaga.
Momentum, secara saintifiknya bermakna kekuatan atau kelajuan pergerakan; dorongan, sebagai objek fizikal dan pada umumnya memberi makna kuasa memandu untuk mencapai matlamat kami.
Biru menenangkan. Ia boleh menjadi kuat dan teguh atau ringan dan mesra termasuk keharmonian, kesetiaan, keyakinan, jarak, infiniti, imaginasi dan sejuk
Putih adalah lambang kesucian dan kebersihan. Kami amat prihatin terhadap pelanggan kami dan berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik dan bersih.
Pengalaman dan kepakaran kami dalam bidang pendaftaran syarikat dan perkhidmatan kesetiausahaan syarikat bermula pada tahun 1999 dan ini membuatkan kami kekal dalam Industri ini sehingga ke hari ini.
www.registercompany.com.my merupakan pintu gerbang untuk anda mendaftarkan syarikat dan perniagaan di Malaysia. Hubungi kami untuk mendapatkan bantuan dan khidmat nasihat.
Firma Setiausaha Syarikat Di Malaysia
Firma kami menyediakan perkhidmatan Setiausaha Syarikat bagi membantu anda mendaftar syarikat baru atau anda boleh membeli syarikat yang sudah siap berdaftar sepenuhnya jika anda ingin menjalankan urusniaga dengan kadar segera.
© 2024 Register Company – Website Registered Owner. | All rights reserved – DM Corporate Holding (M) Sdn Bhd Co No : 201401027253 (1103339-U) Company And Business Registration Office In Malaysia | Certified Secretarial & Management Firm | MyCoID System Registered With Companies Commission MALAYSIA | Registered MyCoID with SSM | Approved Licensed Company Secretary in Malaysia | Perkhidmatan Pendaftaran Syarikat Dan Perniagaan Di Malaysia | Syarikat Tersedia Untuk Dijual | Pendaftaran Syarikat Baru di SSM | Firma Penubuhan Dan Pendaftaran Syarikat | Setiausaha Syarikat | Pejabat Pendaftaran Syarikat Dan Perniagaan Di Malaysia | Perkhidmatan Setiausaha Syarikat Berlesen Dari Suruhanjaya Syarikat Berlesen Di Malaysia | Incorporate Company & Company Secretary in Malaysia | Company Secretary Registered With Companies Commission MALAYSIA | Buy Readymade Company in Malaysia