registercompany-homepage-3.jpg

Panduan Mendaftar Syarikat Baru

Memulakan perniagaan sendiri kini menjadi lebih mudah. Sebelum anda boleh memulakan operasi perniagaan secara sah, proses pertama yang paling kritikal adalah melakukan permohonan nama. Ikuti panduan lengkap ini untuk mengetahui syarat penting dan cara daftar syarikat baru anda dengan lancar.

Maklumat & Syarat Permohonan Nama Syarikat.

Keperluan Untuk Pendaftaran Syarikat

Maklumat Pemohonan Pembukaan Syarikat Baru

Untuk membolehkan syarikat anda didaftarkan, sila kemukakan maklumat berikut:

* Alamat kediaman terkini bagi setiap pengarah dan pemegang saham syarikat di Malaysia.
* Salinan kad pengenalan pengarah dan pemegang saham warganegara Malaysia, atau salinan pasport yang sah bagi warga asing.
* Alamat e-mel yang sah bagi setiap pengarah dan pemegang saham syarikat.
* Nombor telefon bimbit terkini bagi setiap pengarah dan pemegang saham syarikat.
* Alamat rasmi bagi premis perniagaan syarikat.
* Maklumat lengkap pemegang saham syarikat.
* Nilai peratusan saham yang akan dipegang oleh setiap pemegang saham.
* Bilangan unit saham yang akan dipegang oleh setiap pemegang saham.
* Jumlah caruman modal saham yang telah dikreditkan ke dalam akaun syarikat.
* Butiran lengkap mengenai pemilik benefisial (Beneficial Ownership).
* Bayaran baki hendaklah dijelaskan sepenuhnya untuk membolehkan syarikat anda didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
* Sijil pendaftaran syarikat secara amnya akan dikeluarkan dalam tempoh 3 hingga 5 hari bekerja.

Perhatian: Setiap pengarah dan pemegang saham hendaklah memaklumkan kepada Setiausaha Syarikat jika terdapat sebarang perubahan maklumat peribadi atau butiran syarikat dari semasa ke semasa. Ini bagi membolehkan Setiausaha Syarikat mengemas kini maklumat terkini di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan segera.

Langkah 1: Prosedur Permohonan Carian Nama Syarikat

Proses awal pendaftaran bermula dengan pemilihan dan semakan untuk mendapatkan kelulusan nama syarikat melalui SSM.

* Cadangan Nama: Sediakan sekurang-kurangnya 3 nama syarikat untuk disemak.
* Kos Permohonan: Deposit RM200.00 diperlukan untuk setiap carian nama syarikat.
* Carian Semula: Jika nama ditolak, bayaran RM80.00 dikenakan bagi setiap penghantaran nama baharu.
* Status Keputusan: Keputusan carian nama biasanya mengambil masa 1 hingga 3 hari bekerja dengan tiga status utama:
– Lulus: Nama diterima dan boleh digunakan untuk pendaftaran syarikat.
– Tolak: Nama ditolak kerana menyerupai syarikat sedia ada atau mengelirukan.
– Kueri: Perlu pindaan maklumat sebelum kelulusan diberikan.

Langkah 2: Prosedur Pendaftaran Syarikat Baru

Proses penyerahan dokumen sokongan dan maklumat rasmi kepada Setiausaha Syarikat untuk didaftarkan di SSM.

* Syarat Pelantikan: Minimum memerlukan seorang Pengarah dan seorang Pemegang Saham (warganegara atau warga asing).
* Kelayakan Pengarah: Individu mestilah berumur 18 tahun ke atas, waras, dan tidak muflis atau disabitkan kesalahan salah laku korporat.
* Dokumen Diperlukan: Salinan Kad Pengenalan (IC) atau Pasport, alamat e-mel, nombor telefon, dan cadangan alamat pejabat berdaftar.
* Aktiviti Perniagaan: Nyatakan minimum 1 dan maksimum 3 jenis aktiviti perniagaan utama yang sah.
* Tempoh Proses: Pendaftaran rasmi di bawah Akta Syarikat 2016 mengambil masa 3 hingga 5 hari bekerja selepas dokumen lengkap ditandatangani.

Langkah 3 : Memulakan Perniagaan Selepas Syarikat Didaftarkan

Proses pengurusan pembukaan akaun bank semasa perniagaan bagi memulakan operasi syarikat secara sah selepas mendapat kelulusan rasmi SSM.

* Resolusi Bank: Menyediakan dan menandatangani Resolusi Pembukaan Akaun Bank yang disahkan oleh Setiausaha Syarikat.
* Dokumen Sokongan: Sediakan salinan dokumen berkanun syarikat (Super Form/Notice of Registration) yang telah disahkan.
* Kehadiran Pengarah: Semua pengarah dan penandatangan cek yang dinamakan wajib hadir ke bank untuk proses pengesahan cap jari/identiti.
* Keperluan Tambahan: Sediakan cop rasmi syarikat, kad pengenalan asal (atau pasport warga asing), serta wang deposit pembukaan akaun.
* Hak Cipta Kandungan: Segala maklumat di dalam laman web ini adalah hak cipta terpelihara dan dilarang untuk disalin tanpa kebenaran.

PENGAKTIFAN AKAUN & PEMULAAN OPERASI

Peringkat akhir bagi melengkapkan proses pembukaan akaun bank syarikat untuk mula beroperasi.

* Maklumat Bank: Maklumkan pihak bank pilihan anda kepada Setiausaha Syarikat untuk penyediaan dokumen resolusi rasmi.
* Kaedah Transaksi: Tetapkan kaedah penandatanganan cek dan senarai nama pengarah yang diberikan akses perbankan dalam talian (Internet Banking).
* Dokumen Fizikal: Bawa salinan dokumen syarikat yang telah disahkan, kad pengenalan asal, cop syarikat, dan pasport bagi warga asing ke cawangan bank.
* Pengesahan Pengenal: Dapatkan pengenalan atau sokongan daripada individu/syarikat sedia ada di bank tersebut jika diperlukan oleh pihak bank.
* Selesai & Aktif: Sebaik sahaja akaun diaktifkan, modal saham boleh dimasukkan dan syarikat anda kini sedia untuk memulakan transaksi perniagaan yang sah.

Nota: Syarikat perlu mendapatkan pengesahan daripada individu atau syarikat yang mempunyai akaun semasa di mana akaun syarikat akan dibuka dan pengenal berfungsi untuk memperkenalkan syarikat anda kepada Bank tempat akaun syarikat itu akan dibuka.