Company Registration Office | Company Secretarial Office In Malaysia | Register Company Services In Malaysia

PENGENALAN TENTANG PENGARAH SYARIKAT DIMALAYSIA DIBAWAH AKTA SYARIKAT 2016

Pengarah termasuk mana-mana orang yang memegang jawatan pengarah sesuatu perbadanan tidak kira dengan apa jua nama dipanggil dan termasuk seseorang yang mengikut arahan atau petunjuknya majoriti pengarah suatu perbadanan lazimnya bertindak dan seorang pengarah silih ganti atau pengarah ganti;

Pengarah syarikat merupakan individu terpenting didalam organisasi syarikat dan diberi amanah, kepercayaan, tanggungjawap serta tugas untuk mengurus dan mentadbir syarikat serta ianya perlu memastikan urusniaga syarikat berjalan dengan baik dan teratur mengikut garis panduan perundangan didalam negara. Beliau perlu jujur, bijak dan cekap bagi memastikan syarikat sentiasa berjaya mendapat keuntungan dari masa kesemasa serta terus berdaya saing.

Berjaya atau gagalnya sesebuah syarikat bergantung kepada banyak faktor dan diantaranya ialah sikap pengarah didalam urusniaga itu sendiri, sama ada perundangatn syarikat serta undang-undang yang datangnya daripada badan-badan berkanun dipatuhi atau di ingkari.

HAK ANDA SEBAGAI SEORANG PENGARAH SYARIKAT

Biasanya sesebuah syarikat yang tidak berpuashati dengan tahap dan mutu perkhidmatan setiausaha syarikatnya berhak untuk meletakkan jawatan setiausaha syarikatnya dan melantik setiausaha syarikat yang baru untuk mengantikan jawatan setiausaha syarikat sedia ada.

Perkara ini berlaku bilamana terdapat kesukaran bagi Lembaga Pengarah dan pemegang saham atau kakitangan syarikat untuk berhubung dengan setiausaha syarikat.

Setiausaha syarikat merupakan individu yang penting untuk menyediakan dokumen syarikat dan menyerah simpan dokumen ke pendaftar serta mengesahkan dokumen berkanun mengikut peruntukan Akta Syarikat 2016 yang telah mengantikan Akta Syarikat 1965. Lembaga Pengarah diberi pilihan untuk melantik setiausaha syarikat yang baru pada bila-bila masa jika difikirkan perlu. Disini anda boleh melantik Setiausaha Syarikat kami setelah syarikat anda ditubuhkan sepenuhnya atau menamatkan khidmat setiausaha syarikat sedia ada dengan melantik setiausaha syarikat kami.

Sila kunjungi pejabat berdaftar kami untuk mendapatkan perkhidmatan kesetiausahaan syarikat dengan merujuk ke Firma Setiausaha Syarikat kami.

Berikut adalah sebahagian daripada maklumat am yang dipetik Akta Syarikat 2016 yang berkaitan dengan pengarah, tugas dan tanggungjawap mereka didalam syarikat.

 

BILANGAN MINIMUM PENGARAH SYARIKAT YANG DIBENARKAN DIBAWAH Seksyen 196 Akta Syarikat 2016

(1) Sesuatu syarikat hendaklah mempunyai bilangan minimum pengarah seperti yang berikut:-

(a) dalam hal syarikat persendirian, seorang pengarah; atau
(b) dalam hal suatu syarikat awam, dua orang pengarah.

(2) Seseorang pengarah hendaklah seorang orang sebenar yang berumur sekurang-kurangnya lapan belas tahun.

(3) Seseorang pengarah syarikat tidak boleh meletakkan jawatan atau mengosongkan jawatannya jika dengan peletakan jawatan atau pengosongan jawatan itu, bilangan pengarah syarikat menjadi kurang daripada bilangan minimum yang dikehendaki dibawah subseksyen (1) dan apa-apa yang berupa peletakan jawatan atau pengosongan jawatan yang berlanggaran dengan seksyen ini hendaklah disifatkan tidak berkuat kuasa melainkan jika seorang dilantik bagi jawatan itu.

(4) Bagi maksud seksyen ini,bilangan minimum pengarah itu;

(a) hendaklah lazimnya bermastautin di Malaysia dengan mempunyai tempat kediaman yang utama di Malaysia; dan

(b) tidak termasuk seorang pengarah silih ganti atau pengarah ganti.

ORANG YANG BERKAITAN DENGAN PENGARAH Seksyen 197 Akta Syarikat 2016

(1) Seseorang hendaklah disifatkan sebagai berkaitan dengan pengarah jika orang itu ialah:-

(a) anggota keluarga pengarah itu;

(b) pertubuhan perbadanan yang bersekutu dengan pengarah itu;

(c) pemegang amanah suatu amanah, selain pemegang amanah bagi skim syer pekerja atau skim pencen, yang di bawahnya pengarah itu atau anggota keluarganya merupakan benefisiari; atau

(d) pekongsi pengarah itu atau pekongsi orang yang berkaitan dengan pengarah itu.

(2) Bagi maksud seksyen ini;

“anggota keluarga pengarah” ertinya suami atau isteri, ibu atau bapa, anak, termasuklah anak angkat dan anak tiri, adik-beradik dan suami atau isteri kepada anak atau adik-beradik pengarah itu;

(b) suatu pertubuhan perbadanan adalah bersekutu dengan pengarah jika;

(i) pertubuhan perbadanan itu lazimnya atau berada dibawah suatu obligasi, sama ada formal atau tidak formal, atau majoriti pengarah pertubuhan perbadanan itu lazimnya, bertindak mengikut arahan, petunjuk atau kemahuan pengarah itu;

(ii) pengarah itu mempunyai kepentingan yang mengawal dalam pertubuhan perbadanan itu; atau

(iii) pengarah itu, atau orang yang berkaitan dengan pengarah itu dan orang yang berkaitan dengannya, berhak untuk melaksanakan, atau mengawal pelaksanaan, tidak kurang daripada dua puluh peratus undi yang terikat dengan syer mengundi dalam pertubuhan perbadanan itu.

Selanjutnya

 

ORANG YANG BOLEH DISIFATKAN BERKAITAN DENGAN PENGARAH SYARIKAT – Seksyen 197 Akta Syarikat 2016

(1) Seseorang hendaklah disifatkan sebagai berkaitan dengan pengarah jika orang itu ialah:-

(a) anggota keluarga pengarah itu;

(b) pertubuhan perbadanan yang bersekutu dengan pengarah itu;

(c) pemegang amanah suatu amanah, selain pemegang amanah bagi skim syer pekerja atau skim pencen, yang di bawahnya pengarah itu atau anggota keluarganya merupakan benefisiari; atau

(d) pekongsi pengarah itu atau pekongsi orang yang berkaitan dengan pengarah itu.

(2) Bagi maksud seksyen ini;

“anggota keluarga pengarah” ertinya suami atau isteri, ibu atau bapa, anak, termasuklah anak angkat dan anak tiri, adik-beradik dan suami atau isteri kepada anak atau adik-beradik pengarah itu;

(b) suatu pertubuhan perbadanan adalah bersekutu dengan pengarah jika;

(i) pertubuhan perbadanan itu lazimnya atau berada dibawah suatu obligasi, sama ada formal atau tidak formal, atau majoriti pengarah pertubuhan perbadanan itu lazimnya, bertindak mengikut arahan, petunjuk atau kemahuan pengarah itu;

(ii) pengarah itu mempunyai kepentingan yang mengawal dalam pertubuhan perbadanan itu; atau

(iii) pengarah itu, atau orang yang berkaitan dengan pengarah itu dan orang yang berkaitan dengannya, berhak untuk melaksanakan, atau mengawal pelaksanaan, tidak kurang daripada dua puluh peratus undi yang terikat dengan syer mengundi dalam pertubuhan perbadanan itu.

Selanjutnya

 

ORANG YANG BOLEH DIHILANGKAN KELAYAKAN UNTUK BERTINDAK SEBAGAI PENGARAH SESEBUAH SYARIKAT DIBAWAH Seksyen 198 Akta Syarikat 2016

(1) Seseorang tidak boleh memegang jawatan sebagai pengarah syarikat atau sama ada secara langsung atau tidak langsung terlibat atau mengambil bahagian dalam pengurusan syarikat, jika orang itu;

(a) seorang bankrap yang belum dilepaskan;

(b) telah disabitkan atas suatu kesalahan yang berhubungan dengan penganjuran, pembentukan atau pengurusan suatu perbadanan;

(c) telah disabitkan atas suatu kesalahan yang berhubungan dengan sogokan, fraud atau kecurangan;

(d) telah disabitkan atau suatu kesalahan dibawah seksyen 213, 217, 218, dan 539; atau

(e) telah dihilangkan kelayakan oleh Mahkamah dibawah seksyen 199.

(2) Hal keadaan yang disebut dalam perenggan (1)(a), (b), (c) dan (d) hendaklah terpakai bagi hal keadaan didalam Malaysia atau luar Malaysia.

(3) Walau apa pun subseksyen (1), seseorang yang telah dihilangkan kelayakan dibawah perenggan (1)(a) boleh dilantik atau memegang jawatan sebagai pengarah dengan keizinan;

(a) Pegawai Penerima; atau

(b) Mahkamah dengan syarat bahawa notis tentang niat untuk memohon keizinan telah disampaikan kepada Pegawai Penerima dan Pegawai Penerima telah didengar atas permohonan itu.

(4) Walau apa pun subseksyen 91), seseorang yang telah dihilangkan kelayakan di bawah perengan (1)(b), (c), (d) atau (e) boleh dilantik semula atau memegang jawatan sebagai pengarah dengan keizinan Mahkamah.

(5) Seseorang yang berniat untuk memohon bagi mendapatkan keizinan Mahkamah dibawah perenggan (3)(b) atau subseksyen (4) hendaklah;

(a) memberikan kepada Pendaftar suatu notis tidak kurang daripada empat belas hari niatnya untuk melakukan sedemikian; dan

(b) mejadikan Pendaftar sebagai suatu pihak kepada prosiding di bawah subseksyen (3).

(6) Bagi maksud subseksyen (5), mana-mana orang yang disebut dalam perenggan (1)(b), (c), (d) atau (e) tidak dikehendaki untuk mendapatkan keizinan Mahkamah selepas habis tempoh lima tahun yang dikira dari tarikh dia disabitkan atau jika dihukum dengan pemenjaraan, dari tarikh dia dilepaskan dari penjara.

(7) Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau kedua-duanya.

Selanjutnya

 

KUASA MAHKAMAH UNTUK MENGHILANG KELAYAKAN ORANG DARIPADA BERTINDAK SEBAGAI PENGARAH SYARIKAT ATAU PENGANJUR Seksyen 199 Akta Syarikat 2016.

(1) Mahkamah boleh, atas permohonan Pendaftar, membuat suatu perintah untuk menghilangkan kelayakan mana-mana orang daripada bertindak atau memegang jawatan sebagai pengarah atau penganjur suatu syarikat, atau terlibat dengan atau mengambil bahagian dalam pengrusan syarikat sama ada secara langsung atau tidak langsung;

(a) dalam masa lima tahun terdahulu, orang itu telah menjadi menjadi pengarah bagi dua syarikat atau lebih yang telah dibubarkan akibat syarikat menjadi tidak solven disebabkan oleh perjalanan fungsinya sebagai pengarah yang menyubang sama ada secara keseluruhan atau sebahagian daripada penyelesaian itu;

(b) disebabkan oleh pelanggaran kewajipannya sebagai pengarah; atau

((c) disebabkan oleh kelazimannya melanggar Akta ini.

(2) Permohonan yang berbangkit daripada hal keadaan yang disebut dalam perenggan (1)(a) boleh dibuat oleh pegawai penerima dan Pendaftar hendaklah menjadi suatu pihak kepada prosiding itu.

(3) Sebelum membuat suatu perintah dibawah subseksyen (1), Mahkamah boleh menghendaki mana-mana orang-

(a) untuk memberikan kepada Mahkamah apa-apa maklumat berkenaan dengan hal ehwal syarikat; dan

(b) untuk mengemukakan dan membenarkan pemeriksaan apa-apa buku atau dokumen yang berkaitan dengan syarikat.

9$) Selepas menimbang permohonan dan maklumat tambahan dan dokumen yang diterima dibawah subseksyen (3), jika ada, Mahkamah boleh membuat suatu perintah untuk menghilangkan kelayakan orang itu daripada bertindak atau memegang jawatan sebagai pengarah atau penganjur suatu syarikat, atau terlibat dengan atau mengambil bahagian dalam pengurusan syarikat sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi apa-apa tempoh yang tidak melebihi lima tahun dari tarikh perintah itu.

(5) Pendaftar atau Pegawai Penerima hendaklah memberikan notis tidak kurang daripada empat belas hari kepada orang yang disebut dalam subseksyen (1) memberitahu niatnya untuk memohon perintah di bawah seksyen ini.

Selanjutnya

 

MELANTIK PENGARAH YANG DINAMAKAN DAN PENGARAH YANG BERIKUTNYA Seksyen 202 Akta Syarikat 2016.

(1) Seseorang yang dinamakan sebagai pengarah dalam suatu permohonan bagi pemerbadanan syarikat hendaklah memegang jawatan sebagai pengarah dari tarikh pemerbadanan itu sehingga orang itu terhenti memegang jawatan sebagai pengarah mengikut Akta ini.

(2) Semua pengarah yang berikutnya bagi suatu syarikat boleh dilantik melalui ketetapan biasa.

(3) Tertakluk kepada perlembagaan, lembaga boleh, pada bila-bila masa, melantik seorang pengarah sebagai tambahan kepada pengarah sedia ada dan pengarah yang dilantik sedemikian hendaklah memegang jawatan itu –

(a) dalam hal suatu syarikat awam, sehingga mesyuarat agung tahunan yang akan datang; atau

(b) dalam hal suatu syarikat persendirian, mengikut terma pelantikannya.

Selanjutnya

 

AKTA YANG BERHUBUNGAN DENGAN PEMECATAN PENGARAH SYARIKAT Seksyen 206 Akta Syarikat 2016.

(1) Seseorang pengarah boleh dipecat sebelum habis tempoh jawatan pengarah itu seperti yang berikut;

(a) tertakluk kepada perlembagaan, dalam hal suatu syarikat persendirian,melaluyi ketetapan biasa; atau

(b) dalam hal suatu syarikat awam, mengikut seksyen ini.

(2) Walau apa pun apa-apa jua dalam perlembagaan atau mana-mana perjanjian antara suatu syarikat awam dengan seorang pengarah, syarikat itu boleh melalui ketetapan biasa pada sesuatu mesyuarat memecat pengarah iyu sebelum habis tempoh jawatan pengarah itu.

(3) Notis khas dikehendaki bagi suatu ketetapan untuk memecap seseorang pengarah dibawah seksyen itu atau untuk melantik seorang yang lain sebagai ganti pengarah yang dipecat itu pada mesyuarat yang sama.

(4) Walau apa pun perenggan (1)(b), jika pengarah bagi suatu syarikat awam telah dilantik untuk mewakili kepentingan bagi mana-mana kelas tertentu pemegang syer atau pemegang debentur, ketetapan untuk memecat pengarah itu tidak berkuat kuasa sehingga penganti bagi pengarah itu telah dilantik.

(5) Seseorang yang dilantik sebagai pengarah bagi mengantikan pengarah yang dipecat di bawah seksyen ini hendaklah dianggap, bagi maksud menentukan masa yang pengarah itu atau mana-mana pengarah lain untuk bersara, seolah-olah telah menjadi pengarah pada hari oran yang digantikannya kali terakhir dilantik sebagai pengarah.

Selanjutnya

 

PENGOSONGAN JAWATAN PENGARAH SYARIKAT KINI DIBENARKAN MENGIKUT AKTA BARU YANG BERKUATKUASA DIBAWAH Seksyen 208 Akta Syarikat 2016.

(1) Jawatan pengarah syarikat hendaklah menjadi kosong jika orang yang memegang jawatan itu-

(a) meletakkan jawatan mengikut subseksyen (2);

(b) telah bersara mengikut Akta ini atau perlembagaan syarikat tetapi tidak dipilih semula;

(c) dipecat daripada jawatan mengikut Akta ini atau perlembagaan syarikat;

(d) dihilangkan kelayakan daripada menjadi pengarah dibawah seksyen 198 atau 199;

(e) Menjadi tidak sempurna akal atau seorang yang dirinya atau estetnya bertanggungan untuk diuruskan mengikut apa-apa cara di bawah Akta Kesihatan Mental 2001;

(f) mati; atau

(g) selainnya mengosongkan jawatannya mengikut perlembagaan syarikat.

(2) Tertakluk kepada subseksyen 196(3) dan seksyen 209, seseorang pengarah boleh meletakkan jawatannya dengan memberi suatu notis bertulis kepada syarikat di pejabat berdaftarnya.

(3) Notis di bawah subseksyen (2) hendaklah berkuat kuasa apabila notis itu dihantar serah di alamat pejabat berdaftar atau pada suatu tarikh yang kemudian yang dinyatakan dalam notis itu.

(4) Jika sesuatu kekosongan berpunca daripada hal keadaan yang disebut dalam subseksyen (1), Lembaga hendaklah mempunyai kuasa, pada bila-bila masa, untuk melantik mana-mana orang menjadi pengarah bagi mengisi kekosongan jawatan itu dan pengarah yang dilantik sedemikian hendaklah memegang jawatan itu-

(a) dalam hal suatu syarikat awam, sehingga mesyuarat agung tahunan yang akan datang; atau

(b) dalam hal suatu syarikat persendirian, mengikut terma perlantikan.

Selanjutnya

 

PERLETAKAN JAWATAN, PENGOSONGAN JAWATAN ATAU KEMATIAN PENGARAH TUNGGAL ATAU PENGARAH TERAKHIR YANG MASIH ADA Seksyen 209 Akta Syarikat 2016.

(1) Tertakluk kepada subseksyen 196(3), jika syarikat mempunyai hanya seorang atau pengarah atau pengarah terakir yang masa ada, pengarah itu tidak boleh meletakkan jawatan sehingga pengarah itu memanggil suatu mesyuarat anggota untuk menerima notis peletakan jawatan dan untuk seorang atau lebih pengarah yang baru.

(2) Subsekyen (1) juga terpakai bagi sesuatu syarikat yang pengarah tunggalnya ialah juga seorang pemegang syer tunggal.

(3) Bagi maksud melantik pengarah baru, sekiranya jawatan pengarah tunggal atau pengarah yang masih ada bagi syarikat menjadi kosong disebabkan oleh hal keadaan yang disebut dalam perenggan 208(1)(d), (e), (f) atau (g), setiausaha hendaklah, secepat yang dapat dilaksana, memanggil suatu mesyuarat waris kadim, wakil diri lain atau suatu mesyuarat anggota, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(4) Setiausaha berhak untuk ditanggung rugi oleh syarikat berhubung dengan apa-apa kos dan perbelanjaan yang munasabah bagi mesyuarat yang diadakan dibawah subseksyen (3).

(5) Jika waris kadim, wakil diri atau anggota tidak melantik seorang pengarah dalam masa enam bulan dari tarikh kematian pengarah yang terakhir itu, Pendaftar boleh mengarahkan syarikat itu dibatalkan mengikut Subpenggal 1 Penggal 4 Bahagian IV.

(6) Jika pengarah tunggal yang juga merupakan pemegang syer tunggal syarikat tidak berupaya menguruskan hal ehwal syarikat oleh sebab ketidakupayaan mentalnya, jawatankuasa yang dilantik di bawah Akta Kesihatan Mental 2001 untuk menguruskan estetnya boleh melantik seseorang sebagai pengarah.

Selanjutnya

 

TAFSIRAN DIBAWAH Seksyen 210 Akta Syarikat 2016. DAN FUNGSI LEMBAGA PENGARAH SYARIKAT Seksyen 211 Akta Syarikat 2016.

Tafsiran – Bagi maksud Subpenggal ini, dalam seksyen 213, 214, 215, 216, 217, 218, 223 dan 228, sebagai tambahan kepada takrif “pengarah” dalam seksyen 2, “pengarah” termasuk ketua pegawai eksekutif, ketua pegawai kewangan, ketua pegawai operasi atau mana-mana orang lain yang mempunyai tanggungjawap utama bagi pengurusan syarikat. (Seksyen 210)

FUNGSI LEMBAGA PENGARAH(1) Perniagaan dan hal ehwal sesuatu syarikat hendaklah diuruskan oleh, atau di bawah arahan Lembaga.

(2) Lembaga mempunyai segala kuasa yang perlu bagi mengurus dan memberikan arahan serta mengawasi pengurusan perniagaan dan hal ehwal syarikat tertakluk kepada apa-apa ubah suaian, kecualian atau batasan yang terkandung dalam Akta ini atau dalam perlembagaan syarikat.(Seksyen 211)

Selanjutnya

 

PROSIDING LEMBAGA Seksyen 212 Akta Syarikat 2016. DAN KEWAJIPAN SERTA TANGGUNGJAWAP PENGARAH Seksyen 213 Akta Syarikat 2016.

PROSIDING LEMBAGA tertakluk kepada perlembagaan yang dinyatakan dalam jadual ketiga hendaklah mengawal selia prosiding Lembaga. (Seksyen 212)

KEWAJIPAN SERTA TANGGUNGJAWAP PENGARAH (Seksyen 213)

(1) Pengarah syarikat hendaklah pada setiap masa menjalankan kuasanya mengikut Akta ini, bagi maksud yang sepatutnya dan dengan suci hati demi kepentingan syarikat.

(2) Pengarah syarikat hendaklah dengan ketelitian, kemahiran dan usaha yang munasabah melaksanakan-

(a) pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang semunasabahnya boleh diharapkan daripada seorang pengarah yang mempunyai tanggungjawap yang sama, dan

(b) apa-apa pengetahuan, kemahiran dan pengalaman tambahan yang pada hakikanya ada pada seorang pengarah.

(3) Seseorang pengarah yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau kedua-duanya.

Selanjutnya

 

PENGARAH HENDAKLAH MENYEDIAKAN PENYATA KEWANGAN Seksyen 248 Akta Syarikat 2016

(1) Pengarah tiap-tiap syarikat hendaklah menyediakan penyata kewangan-
(a) dalam masa lapan belas bulan dari tarikh pemerbadanannya; dan
(b) berikutnya, dalam masa enam bulan dari tahun kewangannya berakhir.

(2) Penyata kewangan yang disebut dalam subsekyen (1) hendaklah diaudit sewajarnya sebelum penyata kewangan itu dihantar kepada tiap-tiap anggota dibawah seksyen 257 atau, dalam hal suatu syarikat awam, dihantar kepada tiap-tiap anggota di bawah seksyen 257 dan dibentangkan di hadapan mesyuarat agung tahunan di bawah seksyen 340.

(3) Mana-mana pengarah syarikat yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Selanjutnya

 

PENGARAH HENDAKLAH MENYEDIAKAN LAPORAN PENGARAH Seksyen 252 Akta Syarikat 2016

(1) Pengarah syarikat hendak menyediakan bagi setiap tahun kewangan suatu laporan dan laporan sedemikian hendaklah dilampirkan dengan penyata kewangan yang disediakan dibawah seksyen 248.

(2) Suatu laporan pengarah-

(a) hendaklah diluluskan oleh Lembaga; dan

(b) hendaklah ditandatangani bagi pihak pengarah oleh sekurang-kurangnya dua orang pengarah, atau dalam hal seorang pengarah tunggal, pengarah itu.

(3) Tiap-tiap salinan laporan pengarah yang dibentangkan dihadapan syarikat dalam suatu mesyuarat agung tahunan dibawah seksyen 340, atau dihantar kepada anggota di bawah seksyen 257 atau selainnya diedarkan, disiarkan atau dikeluarkan oleh syarikat itu hendaklah menyatakan nama orang yang menandatangani laporan itu bagi pihak pengarah.

(4) Mana-mana pengarah yang gagal mengambil semua langkah yang munasabah untuk memastikan pematuhan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(5) Syarikat dan tiap-tiap pengawai yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit.

Selanjutnya

 

KEWAJIPAN UNTUK MEMBERITAHU BUTIR-BUTIR DAN PERTUKARAN PENGARAH, PENGURUS DAN SETIAUSAHA SYARIKAT – Terkandung didalam Seksyen 58 Akta Syarikat 2016

(1) Sesuatu syarikat hendaklah memberitahu Pendaftar dalam masa empat belas hari dari tarikh-

(a) Selepas pemerbadanannya, butir-butir yang dikehendaki supaya dinyatakan di bawah seksyen 57;

(b) Apa-apa pertukaran nama, alamat kediaman dan butir-butir lain yang ditetapkan mengenai mana-mana pengarah, pengurus atau setiausaha atau alamat penyampaian mana-mana pengarah;

(c) Selepas seseorang terhenti menjadi, atau sebagai, pengarah syarikat, butir-butir yang dikehendaki supaya dinyatakan dalam daftar yang dikehendaki dibawah seksyen 57.

(d) Selepas seseorang menjadi pengurus atau setiausaha syarikat, menyatakan nama penuh, alamat dan pekerjaan lain, jika ada, orang itu; dan

(e) Selepas seseorang terhenti menjadi pengurus atau setiausaha syarikat.

(2) Pendaftar hendaklah menentukan bentuk, cara dan takat maklumat yang hendaklah di serah simpan di bawah subseksyen (1)

(3) Notis seseorang yang menjadi pengarah syarikat hendaklah-

(a) Mengandungi suatu pernyataan tentang butir-butir pengarah baharu sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 57(1)(a); dan

(b) Disertakan dengan suatu persetujuan untuk bertindak atas sifat itu oleh orang itu.

(4) Syariat dan tiap-tiap pegawai yang elanggar seksyen ini melakukan kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Selanjutnya

 

PENGARAH SYARIKAT HENDAKLAH MENYEDIAKAN PENYATA TAHUNAN SYARIKAT UNTUK DISERAH SIMPAN –Terkandung didalam Seksyen 68 Akta Syarikat 2016

Serah simpan penyata tahunan syarikat.

penyata tahunan ertinya penyata yang dikehendaki supaya diserah simpan di bawah seksyen 68, termasuk apa-apa dokumen yang disertakan dengan penyata itu.

Seksyen 68 – Kewajipan untuk menyerah simpan penyata tahunan –

(1) Sesuatu syarikat hendaklah menyerah simpan dengan Pendaftar suatu penyata tahunan bagi setiap tahun kalendar tidak lewat daripada tiga puluh hari dari tarikh ulang tahun pemerbadanannya.

(2) Kehendak di bawah subseksyen (1) tidak terpakai bagi suatu syarikat yand dalam tahun calendar itu syarikat itu diperbadankan.

(3) Penyata tahunan suatu syarikat hendaklah mengandungi butir-butir berikut:
(a) Alamat pejabat berdaftarnya;
(b) Jenis perniagaannya;
(c) alamat tempat di mana perniagaannya dijalankan termasuklah cawangan, jika ada;
(d) alamat yang daftar anggotanya disimpan, jika tidak disimpan di pejabat berdaftar;
(e) alamat yang rekod kewangannya disimpan, jika tidak disimpan di pejabat berdaftar;
(f) dalam hal suatu syarikat yang mempunyai modal syer, ringkasan struktur pemegangan syernya, termasuklah debenture;
(g) amaun keseluruhan keterhutangannya;
(h) butir-butir pengarah, pengurus, setiausaha dan juruaudit;
(i) senarai anggotanya; dan
(j) apa-apa maklumat lain yang dikehendaki oleh Pendaftar.

(4) Pendaftar hendaklah mempunyai kuasa untuk menentukan bentuk dan cara penyata tahunan itu diserah simpan.

(5) Penyata tahunan itu hendaklah ditandatangani oleh seorang pengarah atau setiausaha syarikat.

(6) Jika butir-butir yang dikehendaki di bawah subseksyen (3) tidak berubah dengan penyata tahunan terakhir sebelumnya, syarikat hendaklah dibenarkan untuk menyerah simpan suatu pernyataan yang ditandatangani oleh pengarah atau setiausaha yang memperakukan bahawa tiada perubahan dalam apa-apa perkara yang dnyatakan dengan tahun sebelumnya.

(7) Suatu syarikat awam yang mempunyai lebih daripada lima ratus anggota dan memberi peluang dan memberi peluang dan kemudahan yang munasabah untuk seseorang memeriksa dan mengambil salinan daripada senarai anggotanya dan butir-butir syernya yang dipindahkan milik tidak perlu mematuhi kehendak di bawah perenggan (3)(i) jika dimasukkan kedalam penyata tahunan-

(a) Suatu perakuan oleh setiausaha syarikat bahawa syarikat itu adalah daripada jenis yang subseksyen ini terpakai; dan

(b) Suatu senarai yang menunjukkan butir-butir yang ditetapkan bagi dua puluh pemegang saham terbesar setiap kelas syer ekuiti.

(8) Pendaftar boleh mengeluarkan sesuatu syarikat daripada daftar yang diperuntukkan dalam seksyen 549, jika syarikat itu gagal untuk menyerah simpan penyata tahunan bagi tiga tahun atau lebih berturut-turut.

(9) Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Selanjutnya

 

KOD ETIKA SEORANG PENGARAH SYARIKAT YANG PERLU DIAMALKAN DIDALAM TADBIR URUS SYARIKAT

Etika seorang pengarah syarikat.

Malaysia semakin bergantung kepada sektor swasta bagi pertumbuhan yang berkekalan dalam aktiviti perdagangan dan perniagaan serta pertumbuhan ekonomi secara menyeluruh, lebih-lebih lagi dengan perkembangan ekonomi yang baik dan penswastaan operasi-operasi perkhidmatan pos, telekomuni-kasi, penjanaan kuasa dan sistem pembetungan negara mendedahkan laporan dan akaun syarikat kepada penelitian yang sangat mendalam.

Suasana perniagaan dan undang-undang berterusan menjadi lebih kompleks dan ini telah mengenakan suatu tuntutan yang lebih bagi kecekapan yang munasabah di kalangan pengarah-pengarah syarikat.

Adalah penting wujudnya suatu tahap kecekapan tingkah laku perlakuan korporat yang mempunyai tahap profesionalisme dan kebolehpercayaan untuk mendukung integriti korporat yang baik.Pengalaman dalam negara telah mendedahkan secara kritikal keperluan merumuskan standard perlakuan korporat untuk mewujudkan suatu suasana korporat yang beretika.

B. PRINSIP

Prinsip yang ke atasnya kod ini didasarkan adalah prinsip-prinsip yang berkaitan dengan ketelusan, integriti, kebertanggungjawaban dan tanggungjawab sosial korporat.

C. TUJUAN

Kod Etika ini dirumuskan untuk rneningkatkan standard pentadbiran korporat dan tingkah laku korporat dengan maksud mencapai tujuan berikut:

1. Untuk mewujudkan standard tingkah laku etika bagi pengarah berdasarkan kepercayaan dan nilai yang boleh diterima, yang dipegang atau didukung oleh seseorang.

2. Untuk mendukung semangat tanggungjawab dan kebertanggungjawaban sosial sejajar dengan perundangan, peraturan dan garis panduan yang mentadbir sesuatu syarikat.

D. TAKRIF

Dalam konteks kod ini, seseorang pengarah syarikat ertinya mana-mana orang yang memegang jawatan pengarah sesuatu perbadanan dengan nama apa juga disebut, dan termasuklah seseorang mengikut arahan dan petunjuknya pengarah sesuatu perbadanan pada lazimnya bertindak, dan seorang pengarah silih atau gantian. Seorang pengarah juga termasuk kedua-dua pengarah eksekutif dan bukan eksekutif dan juga pengerusi eksekutif dan bukan eksekutif.

E. KOD KELAKUAN

Pada melaksanakan kewajipannya, seorang pengarah hendaklah pada setiap masa mematuhi kod yang berikut:

1. Pentadbiran Korporat

1.1 Hendaklah mempunyai kefahaman yang jelas tentang matlamat dan tujuan, keupayaan dan kapasiti syarikat;

1.2 Hendaklah menumpukan masa dan usaha untuk menghadiri mesyuarat dan untuk mengetahui apa yang dikehendaki daripada lembaga dan setiap pengarahnya, dan untuk menunaikan fungsi-fungsi itu;

1.3 Hendaklah memastikan pada setiap masa bahawa syarikat diuruskan dengan sepatutnya dan dikawal dengan berkesan;

1.4 Hendaklah mengikut perkembangan hal ehwal syarikat dan dimaklumkan tentang pematuhan syarikat akan perundangan yang relevan dan kehendak kontrak;

1.5 Hendaklah bertegas supaya dimaklumkan tentang segala yang penting kepada syarikat supaya pengurusan korporat menjadi berkesan;

1.6 Hendaklah menghadkan dirinya menjadi pengarah syarikat kepada suatu bilangan yang dia boleh menumpukan dengan sebaiknya, masanya dan keberkesanannya; setiap pengarah menjadi hakimnya sendiri tentang keupayaannya dan bagaimana sebaiknya menguruskan masanya secara berkesan dalam syarikat yang dalamnya dia menjadi pengarah;

1.7 Hendaklah mempunyai akses kepada nasihat dan perkhidmatan setiausaha syarikat yang bertanggungjawab kepada lembaga untuk memastikan prosedur, kaedah dan peraturan yang sepatutnya dipatuhi;

1.8 Hendaklah pada setiap masa melaksanakan kuasanya bagi maksud yang ia diberikan demi faedah dan kejayaan syarikat;

1.9 Hendaklah menzahirkan dengan serta merta segala kepentingan kontrak samada secara langsung atau secara tidak langsung dengan syarikat;

1.10 Hendaklah tidak mengalihkan untuk manfaatnya sendiri apa-apa peluang perniagaan yang sedang diusahakan o!eh syarikat, atau boleh digunakan olehnya maklumat sulit yang diperolehi oleh sebab jawatannya untuk manfaatnya sendiri atau orang lain,

1.11 Hendaklah pada setiap masa bertindak dengan suci hati sesungguhnya kepada syarikat dalam apa-apa transaksi dan bertindak dengan jujur dan bertanggungjawab pada melaksanakan kuasanya dalam menunaikan kewajipannya; dan

1.12 Hendaklah sedia memberi keputusan yang bebas dan jika perlu, secara terang menentang jika kepentingan syarikat menghadapi risiko.

1.13 Hubungan dengan Pemegang Syer, Pekerja, Pemiutang dan Pelanggan

1.13.1 Hendaklah peka dengan kepentingan pemegang syer, pekerja, pemiutang dan pelanggan syarikat;

1.13.2 Hendaklah pada bila-bila masa menggalakkan tahap profesionalisme dan meningkatkan kecekapan pengurusan dan pekerja; dan

1.13.3 Hendaklah memastikan langkah-Iangkah keselamatan yang mencukupi dan menyediakan perlindungan sepatutnya kepada pekerja di tempat kerja.

1.14 Tanggungjawab Sosial dan Alam Sekitar

1.14.1 Hendaklah memastikan bahawa langkah-langkah yang perlu diambil mengikut undang undang untuk menggulung atau memotongkan daftar syarikat jika syarikat itu tidak memulakan perniagaan atau telah terhenti daripada rnenjalankan perniagaan dan tidak mungkin akan memulakan perniagaan di masa akan datang atau menjalankan semula perniagaan mengikut mana-mana yang berkenaan;

1.14.2 Hendaklah mengamalkan sikap objektif dan positif dan memberi kerjasama erat demi kebaikan bersama apabila berurusan dengan pihak berkuasa kerajaan atau badan yang mengawal selia;

1.14.3 Hendaklah memastikan penggunaan sumber alam secara berkesan, dan memperbaiki kualiti hidup dengan menggalakkan tanggungjawab sosial korporat;

1.14.4 Hendaklah lebih proaktif kepada keperluan masyarakat dan memberi bantuan dalam program-program kemasyarakatan selaras dengan aspirasi konsep Masyarakat Penyayang dalam Wawasan 2020; dan

1.14.5 Hendaklah memastikan agar aktiviti-aktiviti dan operasi svarikat tidak memudaratkan masyarakat keseluruhan serta membantu untuk memerangi inflasi.

Selanjutnya

top